Citation
Mohd Yusoff, Mohd Zailani
(2001)
Daerah istimewa Aceh sebagai Serambi Mekah.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini secara objektifnya akan menyingkap dua status yang telah diberikan
kepada Propinsi (negeri) Aceh iaitu Daerah Istimewa dan Serambi Mekah. Kedua-dua
status ini telah dinobatkan kerana wujudnya keistimewaan tersendiri yang dimiliki oleh
negeri tersebut. Jesteru, kajian ini telah memberikan tumpuan kepada latar belakang
penerimaan dan perkembangan Islam di Nusantara dengan menfokuskan peranan Aceh
sebagai pusat penyebaran Islam. Selain itu, proses perkembangan ilmu pengetahuan
juga turut diberi perhatian dalam kajian ini lantaran ianya menjadi pemangkin kepada
proses anjakan paradigma masyarakat Islam di alam Melayu. Fenomena inilah yang
melonjakkan kedudukan Aceh sehingga dimartabatkan sebagai Serambi Mekah. Tidak
dipinggirkan, aspek sejarah juga turnt diberi perhatian dalam kajian ini. Fokus utama
yang dilakukan dengan melihat faktor-faktor berlakunya Gerakan Darnl Islam,
fenomenanya dan strategi pemerintah untuk menangani pergolakan yang berlaku serta
pengisian-pengisian yang dilakukan oleh Pemerintah Aceh dalam usaha mereka untuk
merealisasikan gelaran Aceh sebagai Propinsi Daerah Istimewa Aceh. Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, pengkaji telah berjaya
mengenengahkan beberapa perkara berikut sebagai intipati kajian. Pertama, wujudnya
proses jaringan ulama di antara Aceh-Mekah telah berjaya membentuk sebuah tamadun
Islam khususnya dalam menguasai pemikiran masyarakat di alam Melayu. Kedua,
wujudnya pengaruh Islam dalam bidang politik, kesusasteraan tasawuf dan pendidikan
telah menjadi pemangkin kepada perkembangan Islam yang dilakukan oleh kerajaankerajaan
Islam di Aceh ke atas wilayah-wilayah kekuasaannya. Ketiga, kesan
peninggalan naskah-naskah kuno adalah menjadi bukti telah wujudnya konsep integrasi
pendidikan di antara Mekah-Aceh. Ianya juga telah menunjukkan bahawa dengan
kekuatan pemikiran para ulama Mekah sedikit sebanyak telah menjadi motivasi kepada
usaha-usaha penyebaran Islam di Nusantara. Keempat, realitinya, gelaran Daerah
Istimewa Aceh tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan gelaran Serambi Mekah.
Namun begitu, gelaran Daerah Istimewa Aceh hanyalah satu helah politik pemerintah
Republik Indonesia dalam usaha untuk mengaburi pemikiran masyarakat Aceh sematamata
untuk menghalang Aceh menuntut kemerdekaan daripada pemerintah tersebut.
Kelima, strategi pengisian oleh pihak-pihak berwajib seperti menubuhkan Majlis Ulama
Indonesia (MUI), Lembaga Adat dan Kebudayaan Aceh (LAKA) dan MajIis
Pendidikan Daeran (MPD) sedikit sebanyak telah merealisasikan gelaran Daerah
Istimewa Aceh. Seungguhpun demikian, semua ini adalah bersifat sementara kerana
pengiktirafan tersebut tidak mempunyai apa-apa makna menurut persepsi masyarakat
Aceh.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |