UPM Institutional Repository

Kualiti tingkahlaku keibubapaan dan penyesuaian tingkahlaku anak dalam keluarga berisiko di luar bandar


Citation

Arshat, Zarinah (2001) Kualiti tingkahlaku keibubapaan dan penyesuaian tingkahlaku anak dalam keluarga berisiko di luar bandar. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan perkaitan di antara faktor latarbelakang keluarga (pendidikan ibu, pendapatan keluarga dan bilangan anak) dan kualiti tingkahlaku keibubapaan dengan penyesuaian tingkahlaku anak (resiliensi, estim diri dan pencapaian akadernik) dalam keluarga berisiko. Teknik persarnpelan rawak mudah telah digunakan untuk rnengenalpasti sampel kajian. Sampel kajian terdiri daripada 201 pasangan ibu-anak berbangsa Melayu yang tinggal di luar bandar negeri Kelantan, Kedah, Selangor dan Johor. Responden ibu dan anak telah ditemubual secara bersemuka oleh enumerator yang terlatih dengan menggunakan borang soal selidik. Kualiti tingkahlaku keibubapaan telah diukur menggunakan skala 'Supportive Parenting' oleh Simons et al. (1992). Tahap resiliensi anak pula diukur menggunakan skala 'Resiliency A ttitudes Scales' oleh Bischoe dan Harris (1994). Tahap estim diri anak diukur berdasarkan 'Hare Self-Esteem Scale ' (Hare, 1985). Pencapaian akademik anak diukur berdasarkan skor lima matapelajaran terpilih: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Agama Islam. Hasil kajian menunjukkan secara keseluruhannya, kualiti tingkahlaku keibubapaan dan tahap penyesuaian tingkahlaku anak adalah rendah. Lebih daripada separuh (55.2%) responden ibu mempunyai kualiti tingkahlaku keibubapaan yang rendah. Hampir separuh responden anak pula mempunyai tahap estim diri (49.8%) dan pencapaian akademik (42.3%) yang rendah. Manakala lebih daripada separuh (55.7%) responden anak mempunyai tahap resiliensi yang rendah.


Download File

[img] Text
FEM_2001_4 IR.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Parenting
Subject: Child psychology
Subject: Child rearing
Call Number: FEM 2001 4
Chairman Supervisor: Associate Professor Rozumah Baharudin, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 17 Dec 2010 04:07
Last Modified: 29 Jan 2024 08:10
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8776
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item