Citation
Arshat, Zarinah
(2001)
Kualiti tingkahlaku keibubapaan dan penyesuaian tingkahlaku anak dalam keluarga berisiko di luar bandar.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menentukan perkaitan di antara faktor latarbelakang keluarga
(pendidikan ibu, pendapatan keluarga dan bilangan anak) dan kualiti tingkahlaku
keibubapaan dengan penyesuaian tingkahlaku anak (resiliensi, estim diri dan
pencapaian akadernik) dalam keluarga berisiko. Teknik persarnpelan rawak mudah
telah digunakan untuk rnengenalpasti sampel kajian. Sampel kajian terdiri daripada 201
pasangan ibu-anak berbangsa Melayu yang tinggal di luar bandar negeri Kelantan,
Kedah, Selangor dan Johor. Responden ibu dan anak telah ditemubual secara
bersemuka oleh enumerator yang terlatih dengan menggunakan borang soal selidik.
Kualiti tingkahlaku keibubapaan telah diukur menggunakan skala 'Supportive
Parenting' oleh Simons et al. (1992). Tahap resiliensi anak pula diukur menggunakan
skala 'Resiliency A ttitudes Scales' oleh Bischoe dan Harris (1994). Tahap estim diri
anak diukur berdasarkan 'Hare Self-Esteem Scale ' (Hare, 1985). Pencapaian akademik anak diukur berdasarkan skor lima matapelajaran terpilih: Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Sains, Matematik dan Agama Islam.
Hasil kajian menunjukkan secara keseluruhannya, kualiti tingkahlaku keibubapaan dan
tahap penyesuaian tingkahlaku anak adalah rendah. Lebih daripada separuh (55.2%)
responden ibu mempunyai kualiti tingkahlaku keibubapaan yang rendah. Hampir
separuh responden anak pula mempunyai tahap estim diri (49.8%) dan pencapaian
akademik (42.3%) yang rendah. Manakala lebih daripada separuh (55.7%) responden
anak mempunyai tahap resiliensi yang rendah.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |