Citation
Omar, Noralina
(2001)
Kualiti perkahwinan dan tingkahlaku keibubapaan dalam keluarga berisiko di luar bandar.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kualiti perkahwinan dan tingkahlaku
keibubapaan dalam keluarga yang berisiko di luar bandar. Selain itu, kajian ini
menentukan perkaitan di antara ciri sosioekonomi dan faktor latarbelakang
perkahwinan dengan kualiti perkahwinan dan tingkahlaku keibubapaan dalam
keluarga berisiko. Perkaitan di antara kualiti perkahwinan dengan kualiti tingkahlaku
keibubapaan dalam keluarga tersebut telah juga dianalisis dalam kajian ini.
Sampel kajian ini terdiri daripada 420 isteri berbangsa Melayu yang menetap di
kawasan luar bandar daerah terpilih di 4 buah negeri (Selangor, Kedah, Kelantan
dan Johor). Sampel dipilih secara rawak dan maklumat dikumpulkan menggunakan
borang soal selidik, di mana responden telah ditemubual secara bersemuka. KuaHti
perkahwinan diukur dengan menggunakan Kansas Marital Satisfaction Scale
(Schumm, 1986) yang telah diubahsuai (Rumaya, 1997) untuk aspek kepuasan,
Marital Problem Questionnaire (Douglass & Douglass, 1995) untuk aspek masalah
perkahwinan dan Conflict Tactic Scales (Straus, 1979) untuk aspek kemahiran mengendali konflik. Kualiti tingkahlaku keibubapaan pula diukur dengan
menggunakan Parental Questionnaire (Lempers, Clark-Lempers & Simons, 1989).
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |