UPM Institutional Repository

Hubungan Sosial, Sokongan, Dan Kesejahteraan Warga Tua: Satu Kajian di Pedesaan Kelantan


Citation

Wan Ahmad, Wan Ibrahim (1999) Hubungan Sosial, Sokongan, Dan Kesejahteraan Warga Tua: Satu Kajian di Pedesaan Kelantan. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Hubungan sosial dan sokongan yang mencukupi adalah cukup penting untuk kesejahteraan warga tua. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk memperihal hubungan dan sokongan sosial daripada ahli keluarga dan jiran tetangga kepada warga tua. Kajian ini, yang dilakukan di Daerah Limbongan, Pasir Puteh, Kelantan juga bertujuan untuk menentukan perkaitan di antara ciri latar belakang terpilih warga tua, hubungan sosial warga tua dengan keluarga, dan jiran tetangga, serta sokongan sosial daripada keluarga dan jiran tetangga, dengan kesejahteraan sebenar dan kesejahteraan tanggapan warga tua de sa. Seramai 214 orang warga tua daripada 1,067 buah keluarga yang mempunyai isirumah berumur 60 tahun dan ke atas di Daerah Limbongan, telah dipilih secara rawak mudah sebagai responden kajian. Data dikumpul dengan menggunakan kaedah temu bual berstruktur dan dianalisis dengan menggunakan teknik korelasi product-moment dan teknik regresi linear berganda. Hasil kajian menunjukkan kebanyakan responden tidak pemah mendapat pendidikan formal. Walaupun mereka sudah mencapai umur Ianjut, mereka terpaksa terus bekerja untuk menyara kehidupan. Bagi warga tua yang masih bekerja, kebanyakan mereka terlibat dalam kegiatan pertanian tradisional. Analisis ke atas hubungan sosial mendapati kehidupan warga tua tidak tersisih ataupun terbiar daripada ahli keluarga dan jiran tetangga. Kebanyakan warga tua menanggapi bahawa keluarga, khususnya pasangan dan anak-anak, serta jiran tetangga adalah sumber terpenting sokongan sosial kepada mereka. Analisis juga menunjukkan tahap kesejahteraan sebenar bagi kebanyakan warga tua adalah agak rendah. Walaupun tahap kesejahteraan sebenar warga tua rendah tetapi tahap kesejahteraan tanggapan mereka adalah sederhana tinggi. Kualiti perumahan, jumlah anak, pendidikan dan status pekerjaan, didapati mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas kesejahteraan sebenar warga tua. Sebaliknya kualiti perumahan, hubungan sosial dengan jiran tetangga, pendidikan, status pekerjaan dan hubungan sosial dengan pasangan pula mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas kesejahteraan tanggapan mereka. Oleh yang dernikian, secara keseluruhannya kajian mendapati pendidikan, pekerjaan, anak-anak, keadaan rumah yang sesuai, adanya hubungan sosial, terutama dengan pasangan dan jiran tetangga, dilihat sebagai faktor penyumbang terpenting kepada kesejahteraan warga tua desa di kawasan kajian.


Download File

[img] PDF
FEM_1999_4_A.pdf

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Subject: Aged - Care - Kelantan
Subject: Aged - Kelantan
Call Number: FEM 1999 4
Chairman Supervisor: Dr. Ma'rof bin Redzuan
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 17 Dec 2010 02:09
Last Modified: 17 Dec 2010 02:20
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8762
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item