Citation
Ahmad, Samsudin
(2000)
Sajak-sajak Masuri S. N. : analisis pemikiran dan bentuk luaran.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini melibatkan aspek pemikiran dan bentuk luaran sajak-sajak
Masuri S.N. dari tahun 1945 hingga tahun 1995. Sajak-sajak tersebut
dibahagikan kepada dua era iaitu, era sebelum merdeka dan era selepas
merdeka. Sajak-sajak sebelum merdeka antara tahun 1945-1956 dan era
selepas merdeka merangkumi sajak-sajak antara tahun 1957-1995.
Kajian ini menganalisis bentuk visual seperti penyusunan baris dan
rangkap yang memberi makna dalam sajak. Kemudian sajak-sajak tersebut
digolongkan dalam bentuk sajak yang menggunakan rangkap puisi tradisi seperti pantun dan syair, sajak bebas, dan saj ak satu rangkap yang
kemudiannya dibandingkan pula dengan pemikiran dalam saj ak. Seterusnya
dianalisis pula bentuk rima akhir kerana rima akhir menentukan tiga bentuk
yang dikatagorikan.
Hasil kajian ini menunjukkan bahawa bukan sahaja berlakunya
perubahan yang dominan dalam aspek pemikiran bahkan bentuk luaran sajak
juga turut berubah antara sajak sebelum dengan selepas merdeka.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |