Citation
Mohd. Mohaidin, Baharudin
(2000)
Puisi-puisi Dharmawijaya 1960-1990: satu pendekatan stilistik.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini merupakan penelitian ke atas dua buah kumpulan puisi Dharmawijaya
iaitu Warna Maya (DBP: 1974) dan Derita Buana (DBP: 1992) dari pendekatan stilistik,
sebagai kajian utama. Pendekatan stilistik melihat tentang pengaruh puisi tradisional
dalam puisi serta diksi yang diterapkan oleh penyair. Penelitian dilakukan berpandukan
teori linguistik untuk mengetahui maksud puisi. Gaya bahasa dan suara-suara yang
dikaji dalam puisi bersandarkan aliran ekspresionisme dalam kedua-dua kumpulan
pUlSl. Selain itu, pengkaji juga meneliti gaya idiosinkrasi penyair tersebut dan
kesesuaian bahasa serta kepenyairannya. Hasil kajian menunjukkan bahawa Dharmawijaya begitu teliti memilih kata dan
menggunakannya dalam penciptaan puisi. Ketelitian dalam penggunaan kata dan kalimat
menjadikan puisi Dhannawijaya begitu lunak, segar dan hannoni. Penggunaan kata-kata
berfonem sengau (m) dalam kalimat berjaya mewujudkan kelunakan dan kesederhanaan
untuk menyampaikan maksud. Dharmawijaya tidak begitu gemar menggunakan kata atau
kalimat kabur yang akan membawa kesukaran kepada pembaca. Pemilihan dan
penggunaan kata seharian seperti "sawah", "ladang", "petani", dalam puisi amat
sederhana dan mudah difahami serta membantu audien menghayati maksud yang
disampaikan. Cara penyampaian melalui puisinya cukup lembut dan lunak walaupun
maksud yang hendak disampaikan besar atau berat. Ketelitian pemilihan kata, gaya
penyusunan dan penggunaan kata menjadikan keseluruhan puisinya segar dan harmoni
tanpa menyinggung perasaan mana-mana pihak.
Pendekatan stilistik digunakan sebagai usaha membuktikan keindahan bahasa
yang universal dalam sesebuah puisi. Tujuan ini juga memperlihatkan kebolehan penyair
mengolah bahasa, memperhalusi serta menerap daya kreatif dalam menyampaikan
maksud
Bahasa yang digunakan merupakan kekuatan yang di tentukan oleh kesesuaian
dan ketepatan yang mendukung makna serta persoalan yang ditimbulkan. Penggunaan bahasa yang baik rnungkin rnelanggar tatabahasa untuk rnenggambarkan kehalusan
perasaan dan fikiran penyair Usaha ini diharapkan dapat memperkayakan koleksi kajian
terhadap puisi-puisi tanahair serta memartabatkan penyair-penyair lama dan yang baru
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |