Citation
Abdul Azam, Jazlina
(1995)
Penghasilan kapsaisin dari tisu kultur cili dan pengekstrakannya dari sumber asli serta bioasai terhadap larva tribolium castaneum dan biji sawi brassica chinensis.
Other thesis, Universiti Pertanian Malaysia.
Abstract
Biji cili tempatan Capsicum annuum L telah digtmakan di dalam kajian
Int. Biji tersebut telah dikultur di atas suatu medimn asas pepejal Murashige
and Skoog (MS) yang mengandungi 2,4 asid dikloroferoksi asetik (0.4 mg/L),
kinetin (0.003 mg/L), sukrosa (30g/L) dnn agnr Gelrite (2.5g/L) pada pH
5.7 dan dieramkan pada suhu 26 ± 2˚C. Sampel cHi segar Capsicum
annuum L dan Capsicum frustescen juga didapati dari pasaran tempatan
digunaknn bagi tujuan penyelidikan ini. Selepas dua minggu, kultur biji eili
telah mula membentuk. kalus yang betwama putih dan peroi. Kalus tersebut
disubkulturkan ke medium baru pada minggu ke lima untuk kegunaan
pengekstrakan kapsaisin. Pengekstrakan kapsaisin boleh dilakukan terhadap
sampel kalus berumur 0, 4 dan 8 minggu, sampel-sampel segar cili Capsicum
annuum L dan Capsicum frostescen. Penentuan kandungan kapsaisin boleh
dilakukan dengan menggunakan alat spektroflourometer di mana sebehnn itu,
sampel telah diasingkan melalui kromatografi lapisan nipis (TLC) dengan
pelarut metanoI bersama penimbal (3.1g asid borik + 3.78g kalium klorida /
lL air suling) dalam nisbah 60:40, pH 9.6. Kapsaisin komersial, ekstrak
sampel kalus dan cili segar telah digunakan di dalam bioasai : ujian larvisidal
terhadap larva Tribolium castaneum dan ujian sitotoksisiti terhadap biji sawi
(Brassica chinensis). Di dapati bahawa kapsaisin mampu merencat
pertumbuhan larva (pengurangan berat per larva) pada hari ke 6 berkadar
terns dengan kepekatan sampel yang digunakan. Pada kepekatan 1000ppm,
sampel kapsaisin komersial telah mereneat pertumbuhan larva sebanyak 9.42%, bagi kalus berumur 4 minggu (6.92%), kalus berumur 8 minggu (1.90%),
ekstrak Capsicum annuum (3.21%) dan ekstrak Capsicum frostescen (4.41
%) berbanding dengan kawalan. Di dapati kapsaisin komersial dan ekstrak
tidak menunjukkan perencatan yang signifikan terhadap percambahan biji sawi
(Brassica chinensis) di mana lebih 80% biji bercambah pada rawatan semua
sampel. Walaubagaimanapun amaun kapsaisin didapati boleh mempengaruhi
dengan merencat pertumbuhan hipokotil dan radikal biji sawi bergantung
terhadap kepekatan kapsaisin yang digunakan. Pada kepekatan sampel
1000ppm, sampel kapsaisin berjaya merencat pertumbuhan hipokotil dan
radikal sebanyak 50.30% dan 46.52% maging-masing bagi kapsaisin
komersial, kalus berumur 4 minggu (22.10% dan 24.46%), kalus berumur 8
minggu (0.16% dan 1.96%),Capsicum frustescen (47.57% dan 41.17%)
dan Capsicum annuum (5.57% dan 6.67%).
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |