UPM Institutional Repository

Proses dan kaedah pembelajaran tahfiz dalam kalangan murid di Sekolah Menengah Agama Kerajaan di Malaysia


Citation

Mohd Fakhruddin, Fathiyah and Che Ishak, Sharini and Suhid, Asmawati and Mohd Ayub, Ahmad Fauzi and Che Hassan, Norlizah and Abd Mutalib, Lukman and Wan Jaafar, Wan Marzuki (2020) Proses dan kaedah pembelajaran tahfiz dalam kalangan murid di Sekolah Menengah Agama Kerajaan di Malaysia. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 17 (2). 311 - 340. ISSN 1675-8110

Abstract

Tujuan - Kajian ini dijalankan bagi menerokai proses dan kaedah pembelajaran tahfiz dalam kalangan murid di sekolah menengah agama kerajaan di Malaysia. Kajian lampau menunjukkan terdapat masalah pencapaian hafazan dalam kalangan murid tahfiz berpunca daripada kelemahan memilih kaedah pembelajaran yang sesuai. Metodologi - Pendekatan kualitatif dengan kaedah kajian kes dipilih kerana ia dapat meneroka secara terperinci kes atau fenomena yang khusus iaitu proses dan kaedah pembelajaran tahfiz yang digunakan oleh murid. Teknik persampelan bertujuan digunakan bagi memilih peserta kajian yang dapat menjawab persoalan kajian. Seramai 12 orang murid terlibat sebagai peserta kajian dan disokong dengan data daripada enam orang guru. Temu bual mendalam secara individu merupakan kaedah pengumpulan data bagi mendapatkan pandangan dan pengalaman peserta kajian tentang proses dan kaedah pembelajaran tahfiz. Dapatan - Dapatan menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran tahfiz yang digunakan oleh peserta kajian merangkumi enam kaedah; kaedah membaca, pengulangan, penguasaan hukum tajwid, penggunaan satu mushaf khas, kaedah kefahaman dan kaedah penulisan. Manakala proses pembelajaran tahfiz berdasarkan dapatan menunjukkan peserta kajian memberi tumpuan kepada empat aspek iaitu disiplin daripada pengurusan masa, aspek pemilihan tempat, pemilihan masa serta aspek kelas bimbingan. Kepentingan - Kajian ini memberi implikasi penting kepada pihak yang membangunkan sekolah aliran tahfiz, pihak sekolah dan guru tahfiz. Hal ini penting bagi mereka untuk memberi fokus kepada proses dan kaedah pembelajaran yang sesuai, berkesan dan menekankan aspek kefahaman dan hafazan. Kedua-dua aspek tersebut penting bagi membantu pencapaian hafazan khususnya murid yang berada di sekolah menengah agama kerajaan di Malaysia.


Download File

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
DOI Number: https://doi.org/10.32890/mjli2020.17.2.11
Publisher: UUM Press
Keywords: Process; Methods; Tahfiz learning; Secondary religious school students; Malaysia
Depositing User: Ms. Zaimah Saiful Yazan
Date Deposited: 12 Jun 2024 08:09
Last Modified: 12 Jun 2024 08:09
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.32890/mjli2020.17.2.11
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/87340
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item