Citation
Abstract
Kajian hari kiamat merupakan satu bentuk perkembangan ilmu tauhīd mengenai keimanan dan kepercayaan terhadap kewujudan hari kiamat. Dalam tempoh 30 tahun kebelakangan ini (1988-2018), terdapat 23 kajian yang telah dilakukan dalam dimensi yang berbeza dengan menfokuskan kepada tanda dan rahsia hari kiamat. Kajian tersebut dihasilkan sama ada berbentuk pengumpulan bahan, perbahasan dalam karya berbentuk kitab, kajian bagi memenuhi syarat memperoleh ijazah akademik dan artikel yang diterbitkan dalam jurnal atau kertas kerja seminar. Tujuan kajian ini adalah untuk menyoroti perkembangan kajian hari kiamat menerusi beberapa dimensi yang berbeza. Justeru itu, kajian kualitatif ini akan meninjau literatur kajian hari kiamat dengan menggunakan kaedah analisis dokumen dan berpandukan jadual matrik ‘Systematic Literature Review (SLR)’ dengan bantuan program Atlas.ti 8. Analisis sistematik ini menfokuskan kepada latar belakang kajian, objektif kajian, reka bentuk yang digunakan dan dapatan hasil kajian tersebut. Dapatan yang diperolehi mendapati, kajian hari kiamat ini telah dipecahkan kepada tiga bentuk tema utama iaitu kajian berdasarkan al-Qur’an dan hadith, kajian melalui tatabahasa Arab dan kajian berbentuk penerokaan yang baharu iaitu melihat dari sudut pemahaman pelajar berkaitan hari kiamat. Daripada tiga tema tersebut, terdapat 12 sub-tema yang telah dikeluarkan.
Download File
Full text not available from this repository.
Official URL or Download Paper: https://jurnalumran.utm.my/index.php/umran/article...
|
Additional Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Divisions: | Faculty of Modern Language and Communication |
DOI Number: | https://doi.org/10.11113/umran2020.7n1.365 |
Publisher: | Penerbit UTM Press |
Keywords: | Judgment day; Qur’an; Hadith; Arabic grammar; Systematic literature review |
Depositing User: | Ms. Zaimah Saiful Yazan |
Date Deposited: | 12 Jun 2024 08:06 |
Last Modified: | 12 Jun 2024 08:06 |
Altmetrics: | http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.11113/umran2020.7n1.365 |
URI: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/87206 |
Statistic Details: | View Download Statistic |
Actions (login required)
View Item |