UPM Institutional Repository

Perkembangan pengurusan dan pentadbiran harta pusaka Islam Malaysia


Citation

Mat Abdullah, Hani Kamariah and Ab Rahman, Suhaimi and Md. Khalid, Rasyikah and Mat Abdullah, Nurul Aiman (2020) Perkembangan pengurusan dan pentadbiran harta pusaka Islam Malaysia. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 3 (1). 42 - 53. ISSN 2600-9080

Abstract

Pembahagian harta pusaka Islam merupakan satu ketetapan yang telah dinyatakan menerusi ayat al-Quran dikenali dengan ayat mawarith dari surah an-Nisa’ berkait rapat dengan hak dan tanggungjawab. Pastinya terdapat kebaikan dan manfaat pada ekonomi dan kesejahteraan sosial daripada undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. Penerimaan undang-undang Islam diterima baik dan diamalkan di Malaysia oleh satu badan perundangn yang khusus mengenai hukum syarak. Namun, dalam tuntutan harta pusaka Islam di Malaysia, terdapat kepelbagaian agensi dari bidang kuasa yang berbeza mengendalikan pentadbiran dan pembahagian harta pusaka Islam kesan peninggalan sistem perundangan penjajah. Kepelbagaian agensi dan perundangan ini membawa kepada prosedur yang berbeza mengakibatkan kekeliruan dan kerumitan dalam tuntutan pusaka Islam di kalangan orang awam. Statistik harta pusaka tidak dituntut sudah lama menjadi perbahasan dan ulasan masyarakat memandangkan jumlah kes yang semakin meningkat saban tahun. Oleh yang demikian, penulisan ini bertujuan meningkatkan kesedaran umat Islam akan perkembangan pengurusan pusaka Islam di Malaysia dan terus menyuburkan ilmu pengetahuan sehingga penyelesaian terbaik dalam pengurusan pusaka dapat dirungkai. Motode kajian menggunakan kaedah kualitatif di mana kajian perpustakaan dilakukan bersumberkan data-data dan maklumat dari buku, jurnal, kertas kerja dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan. Hasil kajian mendapati inisiatif memupuk kesedaran akan kepentingan pengurusan dan pentadbiran pusaka Islam kepada pihak awam telah banyak diusahakan menerusi penulisan. Satu langkah kerjasama perlu dilaksanakan oleh badan atau institusi tertentu yang berautoriti dalam pengurusan dan pembahagian harta pusaka agar proses tuntutan pusaka Islam berjalan lancar dan tidak menjadi satu kerumitan kepada orang awam.


Download File

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: School of Business and Economics
Publisher: NUN Gemilang Enterprise
Keywords: Management; Administration; Apportionment; Faraid
Depositing User: Ms. Zaimah Saiful Yazan
Date Deposited: 17 May 2024 02:57
Last Modified: 17 May 2024 02:57
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/87123
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item