UPM Institutional Repository

Perkaitan antara motivasi dan prestasi kerja terhadap kepuasan kerja dalam kalangan penjawat awam


Citation

Mihat, Fadzin Nazirin and Hassan, Mohammad Mujaheed and Anwar, Farah Husna (2020) Perkaitan antara motivasi dan prestasi kerja terhadap kepuasan kerja dalam kalangan penjawat awam. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5 (10). 34 - 57. ISSN 2504-8562

Abstract

Penjawat awam adalah sumber yang membantu organisasi dalam menjalankan pentadbiran dan mencapai matlamat. Penjawat awam memainkan peranan pentingdalam menentukan kejayaan atau kegagalan organisasi. Modal insan berkualiti memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju penjawat awam dan memastikan pengurusan yang cekap. Penyelidik secara bertujuan digunakan untuk menetapkan maklumat dan ciri tertentu yang perlu ada pada sampel kajian yang dilakukan. Hasil kajian ini diperoleh melalui pengedaran borang soal selidik kepada responden. Analisis telah dibuat dengan merujuk kepada semua persoalan dan objektif kajian pada bab satu. Kesemua maklumbalasdaripada 136 orang responden telah diproses dan dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) version 20 untuk menilai peratus, kekerapan, korelasi, T-test dan Anova. Purata nilai pembolehubah motivasi, prestasi kerja dan kepuasan kerja menunjukkan bahawa tahap prestasi bagi kakitangan awam di MAMPU, Putrajaya berada pada tahap yang tinggi. Secara keseluruhan, faktor demografi jantina, serta status perkahwinan tidak mempengaruhi motivasi, prestasi kerja, dan kepuasan kerja. Namun, faktor demografi yang lain mempengaruhi kesemua pembolehubah. Hasil kajian regresi berganda menunjukkan bahawa nilai R square bagi pembolehubah tidak bersandar adalah sebanyak 0.367, manakala nilai adjusted r square adalah 0.358. Nilai R square yang tinggi menunjukkan hubungan yang kuat antara pembolehubah tidak bersandar dan pembolehubah bersandar. Berdasarkan Jadual 4.22, menunjukkan bahawa pembolehubah ini signifikan (sig. = 0.000, p<0.05) dengan nilai F sebanyak 38.612. Motivasi mempunyai nilai beta 0.517 dan prestasi kerja mempunyai nilai beta sebanyak 0.549. Kedua-dua pembolehubah tidak bersandar adalah signifikan, namun prestasi kerja menunjukkan nilai beta yang tinggi berbanding nilai beta bagi motivasi. Justeru, dapat disimpulkan bahawa prestasi kerja mempunyai hubungan yang kuat dengan kepuasan kerja.


Download File

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
DOI Number: https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i10.520
Publisher: Secholian Publication
Keywords: Civil servant; Job performance; Motivation; Job satisfaction
Depositing User: Ms. Zaimah Saiful Yazan
Date Deposited: 17 May 2024 02:49
Last Modified: 17 May 2024 02:49
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.47405/mjssh.v5i10.520
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/87122
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item