UPM Institutional Repository

Penguasaan makna, pembentukan dan penggunaan kata adjektif bahasa Jepun dalam kalangan pelajar Cina di sebuah IPTA Malaysia


Citation

Ng, Chwee Fang (2020) Penguasaan makna, pembentukan dan penggunaan kata adjektif bahasa Jepun dalam kalangan pelajar Cina di sebuah IPTA Malaysia. Jurnal Linguistik, 24 (1). 94 - 108. ISSN 1823-9242

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penguasaan makna, pembentukan dan penggunaan kata adjektif bahasa Jepun dalam kalangan pelajar Cina di sebuah IPTA di Malaysia. Seramai 40 orang pelajar Cina yang mengikuti kursus kemahiran bahasa Jepun Tahap III dipilih sebagai responden kajian ini. Mereka merupakan pelajar Cina yang berlatar belakang bahasa Cina, iaitu berpendidikan di Sekolah Rendah Kebangsaan Cina apabila berada pada tahap sekolah rendah. Satu ujian yang terdiri daripada 30 soalan berbentuk objektif telah diberi kepada responden. Dalam ujian itu, terdapat 15 soalan yang pertama ditanya dalam tulisan gabungan Kanji (漢字) dengan Hiragana (ひらがな) manakala 15 soalan yang seterusnya ditanya dalam tulisan Hiragana (ひらがな) bahasa Jepun. Ini bertujuan untuk menguji penguasaan responden terhadap makna, pembentukan dan penggunaan kata adjektif bahasa Jepun dalam kedua-dua bentuk tulisan tersebut. Untuk tujuan tersebut, analisis Ujian T (Paired Sample T-Test) telah dijalankan. Setelah data kajian dianalisis dengan menggunakan Ujian T dalam program perisian SPSS, dapatan kajian telah menunjukkan tidak terdapatnya perbezaan yang signifikan antara menjawab soalan yang ditanya dalam kedua-dua bentuk tulisan tersebut dan responden adalah lemah dalam menjawab soalan-soalan ujian tersebut. Walau bagaimanapun, kelemahan responden dalam menjawab soalan dengan memilih makna, pembentukan dan penggunaan kata adjektif bahasa Jepun yang sesuai adalah berpunca daripada banyak faktor. Antara faktornya ialah responden keliru terhadap tulisan, sebutan dan makna kata adjektif kedua-dua bahasa. Responden juga kurang mahir dan keliru tentang peraturanperaturan pola pembentukan dan cara penggunaan kata adjektif bahasa Jepun. Di samping itu, responden juga dipengaruhi oleh pemindahan negatif (negative transference) semasa mempelajari leksis kata adjektif bahasa Jepun. Ini berlaku kerana terdapatnya sesetengah kata adjektif bahasa Jepun memiliki tulisan bahasa Cina yang sama tetapi berbeza dari segi sebutan, makna, dan juga pembentukan dan penggunaannya.


Download File

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Persatuan Linguistik Malaysia
Keywords: Mastery; Semantic; Formation and use of adjectives; Japanese; Chinese students
Depositing User: Ms. Zaimah Saiful Yazan
Date Deposited: 16 May 2024 07:04
Last Modified: 16 May 2024 07:04
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/87099
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item