UPM Institutional Repository

Penglibatan dan pendayaupayaan sosial dalam kalangan peserta projek Yayasan Sejahtera di Malaysia


Citation

Mohd Salim, Sara Shakilla and Abu Samah, Asnarulkhadi (2020) Penglibatan dan pendayaupayaan sosial dalam kalangan peserta projek Yayasan Sejahtera di Malaysia. Community : Pengawas Dinamika Sosial, 6 (1). 71 - 82. ISSN 2477-5746; ESSN: 2502-0544

Abstract

Artikel ini membincangkan hubungan antara penglibatan peserta oleh Yayasan Sejahtera (YS) dalam tiga peringkat iaitu pembuatan keputusan, pelaksanaan dan penerimaan faedah ke atas pendayaupayaan sosial peserta. Dalam pembangunan komuniti, penglibatan dilihat sebagai satu matlamat apabila penglibatan secara langsung ahli komuniti dalam proses pembuatan keputusan, merancang dan melaksanakan aktiviti bagi memenuhi keperluan dan/atau mengatasi masalah yang dihadapi mereka. Penglibatan menyediakan ruang mempengaruhi dan berkongsi kuasa secara kolektif iaitu kuasa untuk menentukan dan memperoleh kawalan ke atas kehidupan mereka. Melalui penglibatan, banyak faedah diperoleh oleh komuniti sama ada bersifat kebendaan dan bukan kebendaan yang mampu meningkatkan keupayaan, kemampuan dan kebolehan mereka (Asnarulkhadi, 2005). Kajian ini merupakan kajian survei dengan pengumpulan data menggunakan borang soal selidik. Kajian ini menggunakan teknik persampelan rawak berstrata untuk memilih responden daripada 13 projek di ketiga-tiga negeri iaitu Kelantan, Sabah dan Sarawak. Sebanyak 305 responden terlibat dalam kajian ini. Umumnya, kajian ini mendapati bahawa peramal penerimaan faedah (varians 43.8%) dalam penglibatan merupakan peramal tunggal ke atas pendayaupayaan sosial berbanding peramal lain iaitu pembuatan keputusan dan pelaksanaan dalam kalangan peserta projek. Rasionalnya apabila ahli komuniti terlibat dengan projek faedah yang diterima bersama menjalin hubungkan ikatan antara mereka. Mereka terdiri daripada satu kelompok yang sama daripada aspek penerimaan faedah yang diterima dan secara tidak langsung membentuk satu komuniti yang berdasarkan keperluan dan minat. Ini boleh mengizinkan pendayaupayaan sosial berlaku bila mana wujudnya interaksi dan perkongsian masalah antara mereka sehingga mewujudkan satu ikatan perhubungan yang mampu membentuk keupayaan dalam proses sosial mereka. Penglibatan peserta dalam projek YS dilihat mampu dijadikan sebagai medium untuk memperbaiki tahap kehidupan mereka ke arah yang lebih baik dengan kekuatan ikatan kebersamaan antara ahli komuniti memberi impak yang kuat antara mereka untuk saling mengambil tahu sekaligus membentuk daya upaya dalam menangani masalah secara bersama.


Download File

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
DOI Number: https://doi.org/10.35308/jcpds.v6i1.1848
Publisher: Universitas Teuku Umar
Notes: Participation; Social empowerment; Community project; Community development
Depositing User: Ms. Zaimah Saiful Yazan
Date Deposited: 16 May 2024 06:22
Last Modified: 16 May 2024 06:22
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.35308/jcpds.v6i1.1848
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/87098
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item