UPM Institutional Repository

Penerapan contact theory dalam Model SCL case study dan project-based learning untuk kursus hubungan etnik di Universiti Putra Malaysia


Citation

Ab. Majid, Arfah (2020) Penerapan contact theory dalam Model SCL case study dan project-based learning untuk kursus hubungan etnik di Universiti Putra Malaysia. Jurnal Dunia Pengurusan, 2 (1). pp. 12-22. ISSN 2682-8251

Abstract

Kursus Hubungan Etnik merupakan salah satu kursus umum universiti yang wajib diambil oleh semua pelajar universiti awam dan swasta bermatlamat untuk mempromosikan kesatuan dalam kepelbagaian di Malaysia. Dalam usaha mencapai objektif ini, pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran termasuklah Student Centered Learning (SCL) telah digunapakai oleh pensyarah-pensyarah kursus Hubungan Etnik. Kaedah pembelajaran yang berpusatkan pelajar ini memerlukan kontak, interaksi dan kerjasama yang tinggi antara pelajar. Dengan tercetusnya lebih banyak kontak sesama pelajar berbilang etnik dan agama, hubungan antara mereka dijangkakan akan menjadi lebih erat dan harmoni. Contact theory ini telah diperkenalkan oleh Gordon Allport (1954). Menurut beliau, kontak yang memenuhi syarat-syarat tertentu dapat mengurangkan prejudis dan memperbaiki hubungan antara etnik. Kajian ini dijalankan dengan objektif untuk meneroka kaedah pelaksanaan beberapa model SCL yang biasa dilaksanakan iaitu case study, project-based learning dan gabungan kedua-dua model ini, menganalisis penerapan contact theory dan menguji tahap kuantiti dan kualiti kontak untuk kesemua model SCL ini. Kajian ini menggunakan pendekatan mix-method iaitu kualitatif dan kuantitatif untuk mencapai objektif. Untuk mendapatkan maklumat berkenaan kaedah pelaksanaan model-model SCL dan penerapan contact theory, rekabentuk kajian kes (kualitatif) dengan menggunakan temubual dan analisis dokumen kepada kumpulan-kumpulan kuliah tertentu telah dilaksanakan. Pensyarah-pensyarah dan kumpulan-kumpulan kuliah yang terlibat telah dipilih menggunakan teknik persampelan bertujuan. Selain itu, sebuah tinjauan (kuantitatif) dengan menggunakan borang soal selidik telah diedar kepada pelajar-pelajar kumpulan berkenaan diakhir semester untuk mendapatkan data berkaitan tahap kuantiti dan kualiti kontak. Hasil kajian mendapati kesemua model SCL telah menerapkan contact theory dengan baik dalam pelaksanannya. Namun yang demikian, analisis tahap kuantiti dan kualiti kontak menunjukkan bahawa gabungan model SCL case study dan project-based learning mencapai tahap kuantiti dan kualiti kontak yang paling tinggi berbanding case study dan project-based learning sahaja. Walaupun terdapat banyak faktor-faktor lain yang mungkin mempengaruhi tahap kuantiti dan kualiti ini, gabungan model SCL case study dan project-based learning boleh dipertimbangkan untuk diaplikasikan oleh pensyarah kursus Hubungan Etnik sebagai model SCL mereka untuk pengajaran dan pembelajaran kursus tersebut.


Download File

[img] Text
87091.pdf - Published Version
Available under License Creative Commons Attribution.

Download (366kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: Asian Scholars Network
Depositing User: Mohamad Jefri Mohamed Fauzi
Date Deposited: 16 Oct 2024 07:22
Last Modified: 16 Oct 2024 07:22
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/87091
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item