UPM Institutional Repository

Pendirian generasi muda terhadap penggunaan bahasa Melayu sebagai wadah patriotisme di Malaysia


Citation

Ku Samsu, Ku Hasnita and Adnan, Zatul Himmah and Ismail, Mohd. Mahadee and Lee, Yok Fee and Ab Majid, Arfah and Ab Razak, Ratna Roshida (2020) Pendirian generasi muda terhadap penggunaan bahasa Melayu sebagai wadah patriotisme di Malaysia. Sains Insani, 5 (2). 17 - 24. ISSN 0127-7871

Abstract

Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu pernah muncul sebagai lingua franca ratusan tahun yang lalu sekali gus merupakan refleksi kepada kehebatan dan ketinggian darjat bahasa tersebut. Lingua franca merujuk kepada bahasa perantara atau bahasa perhubungan antara masyarakat dengan golongan yang berlainan bahasa. Hal ini bermaksud bahasa Melayu merupakan bahasa pergaulan yang mudah dipelajari dan difahami oleh sesiapa sahaja. Lantaran itu, bahasa tersebut berupaya bertindak sebagai jambatan ke arah pengharmonian dan perpaduan dalam kalangan para penuturnya kerana keserasian serta kesefahaman mereka melalui satu bahasa pertuturan yang sama. Kehebatan bahasa Melayu juga turut terserlah apabila perjanjian- perjanjian penting antara pihak penjajah dengan Raja-raja Melayu turut dibuat dalan bahasa Melayu bertulisan jawi seperti Perjanjian Pangkor 1874. Malah ketika zaman penjajahan, bahasa Melayu tidak pernah dihapuskan oleh penjajah. Seterusnya status bahasa Melayu telah diangkat sebagai salah satu daripada elemen-elemen tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan. Situasi ini memaparkan bahasa Melayu merupakan sumber jati diri yang kukuh serta berupaya membentuk semangat patriotisme setiap penuturnya yang bergelar rakyat Malaysia. Namun realiti yang berlaku agak berbeza apabila terdapat sebilangan warganegara yang fasih berbahasa Melayu telah memaparkan sikap tidak patriotik mereka secara terang-terangan, terutamanya melalui media sosial. Justeru, kajian ini dilakukan secara kuantitatif untuk meneliti pendirian generasi muda di negara ini terhadap keupayaan bahasa Melayu sebagai wadah semangat patriotisme. Responden kajian ini terdiri daripada 400 mahasiswa Universiti Putra Malaysia dan 400 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris. Hasil kajian memaparkan majoriti responden berpendirian bahawa bahasa Melayu sememangnya berupaya bertindak sebagai wadah patriotisme.


Download File

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
DOI Number: https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol5no2.205
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Keywords: Malay language; Patriotism; Traditional elements of the Federal Constitution
Depositing User: Ms. Zaimah Saiful Yazan
Date Deposited: 16 May 2024 07:37
Last Modified: 16 May 2024 07:37
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.33102/sainsinsani.vol5no2.205
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/87090
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item