Citation
Abstract
Stilistik merupakan salah satu cabang ilmu yang berkait dengan bahasa. Bahasa adalah medium perantaraan yang digunakan bertujuan untuk berinteraksi dan berkomunikasi antaramanusia. Selain itu, bahasa juga merupakan alat luahan emosi,perasaan dan pemikiran manusia. Bahasa berperanan penting dalam dunia kesusasteraan Melayu. Keadaan ini dapat dibuktikan menerusi penggunaan danpemilihan diksi dangaya bahasa dalam karya sastera.Penggunaan elipsis iaitu pengguguran kata dan frasa juga turut dikesan dalam karya sastera. Elipsis dalam karya sastera digunakan untuk memperlihatkan gaya penulisan, mengurangkan jumlah perkataan dan memberi penekanan kepada maksud ayat. Sehubungan itu,kertas kerja ini akan mengenal pasti dan menganalisispenanda elipsis yang tercermin di dalam cerpen terpilih. Cerpen seperti Kumpulan Cerpen Masitahkarya Mawar Shafei, Kumpulan Cerpen Persimpangan Lebuh Rayakarya Chacho Haji Bulah,Lelaki Tua dan Sebuah Kerusikarya Saifullizan Yahaya serta cerpen-cerpen dalam majalah Dewan Sastera, Dewan Agamadan Falsafah, AnisdanDewan Siswakeluaranantarabulan Januari hingga Disember 2006 digunakan sebagai data kajian.Kertas kerja ini menggunakan kaedah analisis data dan pendekatan stilistik bagi mengukuhkan hujahan data kajian. Hasil kajian mendapati bahawa penanda elipsis dikesan menerusi pernyataan lisan (verbal) dalam dialog dan pernyataan bukan lisan (non-verbal) dalam ayat cerpen yang dikaji. Justeru, menerusi kajian ini dapat mengetengahkan dan merungkai persoalan mengenai penanda elipsis dalam karya sastera. Tambahan pula, kajian ini juga dapat menyampaikan ilmu berkaitan stilistik dan panduan kepada pengkaji yang lain agar kesinambungan kajian ini dapat diteruskan.
Download File
Full text not available from this repository.
Official URL or Download Paper: https://ejpi.kuis.edu.my/index.php/ejpi/article/vi...
|
Additional Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Divisions: | Faculty of Modern Language and Communication |
Publisher: | Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor |
Keywords: | Non verbal; Short story; Elipsis; Verbal; Stilistic |
Depositing User: | Ms. Zaimah Saiful Yazan |
Date Deposited: | 14 May 2024 07:35 |
Last Modified: | 14 May 2024 07:35 |
URI: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/87087 |
Statistic Details: | View Download Statistic |
Actions (login required)
View Item |