Citation
Abstract
Kajian ini memfokuskan kepada pemantauan pertumbuhan tanaman padi menggunakan sistem maklumat geografi (GIS) dan imej multispektral dengan menggunakan kaedah alatan pemanduan tanpa pesawat (UAV). Ianya bertujuan untuk mengenal pasti jenis rawatan yang mampu memberi hasil pengeluaran padi yang tinggi. Kombinasi teknologi ini merupakan kaedah pengurusan ladang yang lebih efektif dikenali sebagai pertanian tepat. UAV diguna pakai sebagai alatan untuk pencerapan data lapangan untuk menghasilkan peta ortofoto yang seterusnya digunakan untuk menghasilkan indeks tumbuhan dan pendigitan data vektor menggunakan perisian ArcGIS 10.2. Data vektor dan indeks tumbuhan ini seterusnya dapat digunakan untuk analisis pemantauan pertumbuhan tanaman padi. Maklumat geografi yang didigitalkan dalam bentuk pemetaan dapat memberi visual penuh kepada peladang tentang tanaman padi mereka seperti susun atur petak sawah, jenis pembajaan dan juga bacaan indeks tumbuhan. Hasil kajian mendapati bahawa plot rawatan jenis kompos denganinokulummengeluarkan hasil yang paling tinggi iaitu 2494.73kg/ha berbanding plot dengan rawatan yang lain. Plot rawatan U Growmemberi bacaan nilai maksimum NDVI yang paling tinggi iaitu 0.4677 dan mengeluarkan hasil tuaian hanya 2411.31kg/ha lebih rendah daripada plot rawatan kompos denganinokulum.Imej analisis telah menunjukkan bahawa kadar bacaan NDVI yang tinggi menandakanpokok padi tersebut masih aktif menjalankan aktivi fotosintesis dan masih belum sedia untuk dituai.Justeru, kajian menunjukkan bahawa indeks bacaan tumbuhan boleh dijadikan sebagai penunjuk aras untuk pemantauan pertumbuhan tanaman padi dan analisis spatial mampu memudahkan tadbir urus ladang.
Download File
Full text not available from this repository.
Official URL or Download Paper: https://journals.hh-publisher.com/index.php/AAFRJ/...
|
Additional Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Divisions: | Faculty of Agriculture Institute of Tropical Agriculture and Food Security |
DOI Number: | https://doi.org/10.36877/aafrj.a0000118 |
Publisher: | HH Publisher |
Keywords: | GIS; UAV; Multispectral image; NDVI; Plants index |
Depositing User: | Ms. Zaimah Saiful Yazan |
Date Deposited: | 16 May 2024 02:41 |
Last Modified: | 16 May 2024 02:41 |
Altmetrics: | http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.36877/aafrj.a0000118 |
URI: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/87081 |
Statistic Details: | View Download Statistic |
Actions (login required)
View Item |