UPM Institutional Repository

Faktor-faktor keputusan khidmat luaran sistem maklumat bagi organisasi di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia


Citation

Ismail, Suryani (2002) Faktor-faktor keputusan khidmat luaran sistem maklumat bagi organisasi di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Pada hari ini, perkembangan teknologi komputer amatlah pesat tidak kira untuk kegunaan persendirian mahupun di pejabat. Tambahan pula kini komputer merupakan satu alat yang amat penting kepada semua pihak terutama kepada pihak pengurusan samada di peringkat atasan, pertengahan atau bawahan. Disebabkan setiap organisasi hari ini mempunyai kakitangan yang berdaya fikir, sistem maklumat telah menjadi antara aset penting sesebuah organisasi. Dalam menguruskan jabatan sistem maklumat, kebanyakan pengurus berlumba-lumba untuk menghasilkan sebuah jabatan sistem maklumat yang lebih berkualiti dan dapat menepati keperluan mereka dan pihak lain. Untuk itu kebanyakan organisasi sekarang telah menggunakan khidmat luaran (outsourcing) untuk menguruskan jabatan sistem maklumat ataupun fungsi-fungsi di dalam jabatan sistem maklumat dalam organisasi mereka.Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan tahap penggunaan khidmat luaran di organisasi dan mengenalpasti faktor-faktor keputusan khidmat luaran bagi jabatan sistem maklumat atau fungsi-fungsi di dalam jabatan sistem maklumat di organisasi mereka. Di samping itu, berdasarkan kepada hasil kajian, sebuah model bagi faktor-faktor keputusan khidmat luaran sistem maklumat akan dicadangkan. Untuk mendapatkan data bagi kajian ini, pengumpulan data dilakukan dengan mengedarkan borang soal-selidik kepada organisasi yang telah dipilih dengan menggunakan kaedah pensampelan bertujuan (purpose sampling). Data yang diperolehi dianalisa dengan menggunakan pakej perisian statistik, SPSS versi 10.05 . Hasil kajian ini mendapati bahawa 66 peratus daripada organisasi yang disoalselidik menggunakan khidmat luaran di jabatan sistem maklumat masing-masing, tanpa mengira saiz organisasi mereka. Bagi faktor-faktor keputusan khidmat luaran pula, tiga faktor yang mempunyai hubungan yang signifikan adalah faktor kakitangan, data dan kawalan. Manakala tujuh faktor lain yang tidak mempunyai hubungan yang signifikan turnt dikenalpasti iaitu faktor ekonomi, pembekal, organisasi, pengurusan, kualiti, strategik dan teknologi. Daripada keputusan kajian ini, satu model cadangan bagi faktor-faktor keputusan khidmat luaran IS telah dihasilkan.


Download File

[img] Text
FSKTM_2002_8 IR.pdf

Download (594kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Decision making - Peninsular Malaysia - East Coast
Subject: Information technology x Contracting out - Peninsular Malaysia - East Coast
Subject: Contracting out - Peninsular Malaysia - East Coast
Call Number: FSKTM 2002 8
Chairman Supervisor: Professor Madya Tuan Haji Mohd Hasan Bin Selamat
Divisions: Faculty of Computer Science and Information Technology
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 09 Dec 2010 07:17
Last Modified: 27 Dec 2023 04:13
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8690
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item