UPM Institutional Repository

Pembelajaran berbantukan komputer - pendekatan model gabungan : kajian kes pegawai pengurusan atasan sektor awam


Citation

Mohamad, Kamaruzaman (2002) Pembelajaran berbantukan komputer - pendekatan model gabungan : kajian kes pegawai pengurusan atasan sektor awam. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Penerimaan dan penggunaan IT oleh pengurus kanan menjadi faktor penting kejayaan pelaksanaannya. Kajian-kajian lepas menunjukkan penerimaan dan penggunaan IT oleh pengurus kanan adalah rendah, ini disebabkan oleh perasaan ancaman terhadap kebolehan dan kepakaran dan ancaman terhadap asas-asas kuasa mereka. Maka satu kaedah pembelajaran yang sesuai perlu dikenal pasti untuk meningkatkan tahap penerimaan dan penggunaan IT di kalangan pengurus kanan. Kaj ian adalah bertujuan untuk memilih dan mencadangkan model pembelajaran yang sesuai untuk digunakan terhadap pengurus kanan, seterusnya menguji keberkesanan model pembelajaran yang digunakan. Model gaya pembelajaran tak terarah dengan menggunakan kaedah kaunseling telah dipilih bersama teori keperluan pembelajaran pengurus kanan. Kajian difokuskan kepada kesan penggunaan prototaip Sistem Maklumat Eksekutif Perbendaharaan Malaysia yang dibangun berasaskan model gabungan terhadap penerimaan dan penggunaan IT di kalangan pengurus kanan di Perbendaharaan Malaysia. Tiga kaedah telah digunakan untuk mengumpul maklumat iaitu kaedah temubual tidak berstruktur, pengujian penggunaan prototaip sistem dan penggunaan borang soal selidik. Kajian mendapati tahap dan penerimaan dan penggunaan IT di kalangan pengurus kanan sebelum penggunaan prototaip sistem adalah rendah. Kajian kesan penggunaan prototaip Sistem Maklumat Eksekutif Perbendaharaan Malaysia (SMEPM) yang dibangun berasaskan model gabungan mendapati semua responden selesa menggunakan prototaip sistem yang dibangunkan. Hasil kajian juga mendapati kesemua responden memahami dan menerima secara positif terhadap kepentingan dan keperluan penggunaan IT di Perbendaharaan Malaysia. Kesimpulannya, penggunaan prototaip sistem yang dibangun berasaskan model gabungan daripada model pembelajaran tak terarah dengan menggunakan kaedah kaunseling dan teori keperluan pembelajaran pengurus kanan dapat meningkatkan tahap penerimaan dan penggunaan IT di kalangan pengurus kanan di Perbendaharaan Malaysia.


Download File

[img] Text
FSKTM_2002_7 IR.pdf

Download (705kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Computer-assisted instruction - Case studies
Subject: Professional employees - Case studies
Call Number: FSKTM 2002 7
Chairman Supervisor: Professor Madya Hj. Mohd. Hasan Selamat
Divisions: Faculty of Computer Science and Information Technology
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 09 Dec 2010 07:07
Last Modified: 27 Dec 2023 03:55
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8689
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item