UPM Institutional Repository

Penglibatan kakitangan dalam perancangan strategik sistem maklumat (SISP) di Malaysia


Citation

Mohd Loky, Umi Zurina (2001) Penglibatan kakitangan dalam perancangan strategik sistem maklumat (SISP) di Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Perkembangan teknologi maklumat yang pesat memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat yang berdaya fikir. Perubahan demi perubahan yang berlaku telah mencorakkan satu kehidupan manusia yang dipengaruhi oleh kemajuan teknologi ini. Dari era pemprosesan data kini tumpuan telah beralih kepada era perancangan strategik sistem maklumat (SISP). SISP dianggap sebagai satu isu yang penting dan ia menjadi cabaran di kalangan pengurus dan orang-orang yang terlibat dalam bidang sistem maklumat bagi mengekalkan kelebihan bersaing dalam operasi pemiagaan mereka. Penglibatan individu tertentu merupakan salah satu faktor yang menentukan kejayaan atau kegagalan perancangan strategik yang dibuat. Kajian ini dilakukan untuk mengkaji tentang tahap pelaksanaan SISP di organisasi, tahap penglibatan kakitangan dalam SISP, faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penglibatan kakitangan dalam SISP dan individu yang perlu terlibat dalam SISP. Pungutan data dilakukan melalui pengedaran borang soal-selidik kepada organisasi yang telah ditentukan. Hasil kajian mendapati kebanyakan organisasi telah mempunyai SISP dan tahap penglibatan kakitangan dalam SISP adalah di tahap sederhana. Analisa statistik pula mendapati faktor jawatan mempengaruhi tahap penglibatan kakitangan dalam SISP manakala pengurus atasan, personel teknologi maklumat dan personel bukan teknologi maklumat merupakan individu yang perlu terlibat dalam SISP. Satu model dan prototaip sistem tahap penglibatan kakitangan dalam SISP telah dihasilkan.


Download File

[img] Text
FSKTM_2001 7 IR.pdf

Download (571kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Management - Employee participation - Malaysia.
Subject: Strategic planning - Employee participation - Malaysia.
Call Number: FSKTM 2001 7
Chairman Supervisor: Professor Madya Mohd Hasan Bin Selamat
Divisions: Faculty of Computer Science and Information Technology
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 09 Dec 2010 02:18
Last Modified: 26 Dec 2023 01:06
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8667
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item