Citation
Mohd Loky, Umi Zurina
(2001)
Penglibatan kakitangan dalam perancangan strategik sistem maklumat (SISP) di Malaysia.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Perkembangan teknologi maklumat yang pesat memainkan peranan penting dalam
pembangunan masyarakat yang berdaya fikir. Perubahan demi perubahan yang berlaku
telah mencorakkan satu kehidupan manusia yang dipengaruhi oleh kemajuan teknologi
ini. Dari era pemprosesan data kini tumpuan telah beralih kepada era perancangan
strategik sistem maklumat (SISP).
SISP dianggap sebagai satu isu yang penting dan ia menjadi cabaran di kalangan
pengurus dan orang-orang yang terlibat dalam bidang sistem maklumat bagi
mengekalkan kelebihan bersaing dalam operasi pemiagaan mereka. Penglibatan
individu tertentu merupakan salah satu faktor yang menentukan kejayaan atau
kegagalan perancangan strategik yang dibuat.
Kajian ini dilakukan untuk mengkaji tentang tahap pelaksanaan SISP di organisasi,
tahap penglibatan kakitangan dalam SISP, faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penglibatan kakitangan dalam SISP dan individu yang perlu terlibat dalam SISP.
Pungutan data dilakukan melalui pengedaran borang soal-selidik kepada organisasi
yang telah ditentukan.
Hasil kajian mendapati kebanyakan organisasi telah mempunyai SISP dan tahap
penglibatan kakitangan dalam SISP adalah di tahap sederhana. Analisa statistik pula
mendapati faktor jawatan mempengaruhi tahap penglibatan kakitangan dalam SISP
manakala pengurus atasan, personel teknologi maklumat dan personel bukan teknologi
maklumat merupakan individu yang perlu terlibat dalam SISP. Satu model dan
prototaip sistem tahap penglibatan kakitangan dalam SISP telah dihasilkan.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |