Citation
Alias, Rosidah
(1999)
Kajian Terhadap Prestasi Penumpas EMI Ferit Mg-Zn dan
Ni-Zn Pada Frekuensi Radio.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Gangguan elektromagnet (EMI) merupakan salah satu daripada pencemaran
gelombang yang mengganggu alat-alat elektronik untuk berfungsi dengan baik.
Bahan penyerap gelombang EMI diperlukan untuk menyerap gangguan gelombang
yang terhasil. Ferit merupakan bahan yang sangat baik dan sesuai untuk digunakan
sebagai penyerap gangguan EMI.
Projek yang telah dilakukan ini telah mengkaji kesan penggunaan
komposisi ferit yang berbeza berasaskan kepada Ni-Zn dan Mg-Zn terhadap sifat
penyerapan bahan menggunakan sampel berbentuk toroid. Pemilihan komposisi
tersebut adalah bertujuan untuk mendapatkan pelebaran jalur impedans dengan
nilai impedans yang tinggi pada julat frekuensi < 100 MHz. Penggunaan Mg-Zn
ferit pula adalah untuk mengurangkan kos pembuatan kerana MgO adalah di antara
bahan mentah yang paling murah. Sebanyak tiga set sampel telah disediakan dalam
projek ini. Analisis bahan yang dilakukan adalah terhadap kesan ketakisotropan magnet, parameter-parameter histeresis, keliangan dan saiz butir, kerintangan
elektrik dan sifat-sifat intrinsik yang lain serta faktor-faktor ekstrinsik yang boleh
mempengaruhi tahap penyerapan gangguan gelombang (EMI).
Sifat bahan yang terpenting sekali yang perlu diperhatikan adalah impedans
yang magnitud dan ciri frekuensinya sangat penting dalam menghasilkan ciri bahan
penyerap yang berkualiti dan mampu menyerap banyak gangguan pada frekuensi
berbeza yang terhasil daripada penjanaan isyarat harmonik.
Butir-butir yang diperolehi melalui projek ini mempunyai saiz yang keeil
dan tidak seragam. Saiz butir yang sedemikian memaksa dinding domain menyerap
lebih banyak tenaga untuk membebaskan diri daripada kesan terpin pada sempadan
butir. lni menghasilkan kehilangan tenaga yang tinggi, iaitu nilai Z yang tinggi
diperolehi. Seeara tidak langsung, sifat penumpasan yang baik telah dapat
dihasilkan.
Akhirnya, projek yang telah dijalankan ini telah berjaya mencapai objektif
yang dikehendaki iaitu untuk mendapatkan nilai Z yang tinggi dengan
menggunakan sampel set 1. Sampel-sampel S1, S2, S3 dan S4 didapati memiliki
nilai impedans yang melebihi nilai impedans sampel rujukan D28 dalam julat
frekuensi 1 MHz ke 150 MHz.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |