Citation
Abdul Rahman, Mohd Fitri
(1999)
Pendekatan Komputer Peribadi Terhadap Pengiraan Jumlah Tenaga Keadaan Dasar Bagi Atom dan Molekul Ringkas.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Pengiraan tenaga bagi atom dan molekul merupakan salah satu bidang utama dalam
kuantum kimia. Pelbagai teknik penghampiran digunakan dalam projek ini iaitu
penghampiran Hartree-Fock, penghampiran Hartree-Fock-Roothaan, penghampiran
Thomas-Fermi, dan penghampiran Xa. Tujuan utama pelbagai penghampiran dikaji
adalah untuk mencari kaedah atau teknik yang paling hampir dengan nilai ujikaji
serta mengambil masa yang tersingkat dalam pengaturcaraan program. Bahasa
pengaturcaraan C dan c++ telah digunakan.
Keputusan yang didapati telah dibandingkan dengan keputusan penyelidik terdahulu.
Kajian ini menunjukkan bagi penghampiran Hartree-Fock, didapati bahawa semakin
besar atom, keputusan yang didapati menghampiri dengan nilai teori berbanding nilai
dari keputusan dengan penghampiran lain. Manakala bagi penghampiran Hartree-
Fock-Roothaan, keputusan yang didapati konsisten apa yang dijalankan oleh
penyelidik terdahulu. Bagi penghampiran Thomas-Fermi pula purata ralat didapati
adalah sebanyak 30% dan keputusan penghampiran Xa juga didapati kurang memuaskan.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |