UPM Institutional Repository

Pembentukan Kaedah Pengesan Racun Makhluk Perosak Menggunakan Teknik Elektrod Enzim dan Enzim Imunoasai


Citation

Salam, Faridah (1996) Pembentukan Kaedah Pengesan Racun Makhluk Perosak Menggunakan Teknik Elektrod Enzim dan Enzim Imunoasai. Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

Abstract

Kaedah elektrod enzim dan kaedah enzirn imunoasai telah dibentuk untuk menganggarkan kepekatan racun rnakhluk perosak dalam pemonitoran alam sekitar. Enzim Asetilkolinesterase (AchE) dan Kolin Oksidase (ChO) yang disekatgerak pada rnernbran elektrod oksigen secara fizikal, taut silang dan pemerangkapan gelatin telah digunakan sebagai elektrod enzim. Sekatgerak enzim secara taut silang didapati paling sensitif untuk penentuan racun makhluk perosak. Racun Paration, Karbofuran dan asid 2,4-Dwiklorofenoksi asetik (2,4-D) telah digunakan untuk menguji darjah kesensitifan elektrod enzirn. Elektrod enzim dengan enzim yang disekatgerak secara taut silang menunjukkan separuh perencatan maksimum (I₅₀) bagi Paration ialah 0.00001 µg/L dan 0.0002 µg/L bagi Karbofuran. Tiada kesan perencatan bagi racun 2,4-D. Julat kepekatan racun yang boleh dikesan oleh elektrod enzim adalah 0.00001-0.0001 µg/L bagi Paration dan 0.00001-0.001µg/L bagi Karbofuran. 2-amino-2-(hidroksimetil)-1,3-propandiol (2- PAM) pada kepekatan 1 x 10-3M didapati sesuai digunakan sebagai bahan pengaktif bagi enzim pada elektrod yang telah didedahkan kepada racun makhluk perosak


Download File

[img] PDF
FSAS_1996_17_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Electrodes, Enzyme
Subject: Pesticides - Research
Call Number: FSAS 1996 17
Chairman Supervisor: Professor Abu Bakar Salleh, PhD
Divisions: Faculty of Environmental Studies
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 03 Dec 2010 07:29
Last Modified: 08 May 2012 04:48
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8616
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item