UPM Institutional Repository

Strategi penerapan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran kemahiran menulis di sekolah rendah


Citation

Abdul Aziz, Farah Aziana and Abd Rahman, Fadzilah and Othman, Shamsudin (2020) Strategi penerapan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran kemahiran menulis di sekolah rendah. International Journal of Education and Training (InjET), 6 (2). pp. 1-14. ISSN 2462-2079

Abstract

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan salah satu elemen penting yang ditekankan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara setanding negara lain. Kebanyakan guru bahasa Melayu menghadapi masalah melaksanakan strategi pengajaran KBAT dengan jelas dalam PdPc. Sehubungan itu, kajian tentang strategi penerapan KBAT ini dilaksanakan agar keterlihatan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran KBAT secara sistematik dapat ditingkatkan. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian langsung terhadap pengajaran guru di dalam bilik darjah, temu bual separa struktur dan analisis dokumen. Secara khusus kajian ini merangkumi empat objektif utama, iaitu menghuraikan strategi penerapan KBAT dalam PdPc kemahiran menulis di Sekolah Rendah Agama Integrasi Selangor pada aras pemikiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Pengkaji menggunakan reka bentuk kajian kes dan enam orang sampel kajian dipilih daripada tiga buah sekolah SRAI berlainan yang mengajar bahasa Melayu Tahun 5, merangkumi kawasan bandar dan luar bandar. Teori Taksonomi Bloom Semakan Anderson dan Krathwohl (2001) dan Model Pengajaran Robert Glaser (1962) digunakan bagi menjawab setiap persoalan dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan daripada 28 strategi KBAT, 14 strategi penerapan KBAT berlaku dalam PdPc kemahiran menulis. Hasil kajian menunjukkan keenam-enam peserta kajian menjalankan pengajaran KBAT bermula dengan penentuan objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada murid, penggunaan kaedah pengajaran yang sesuai dan aktiviti penilaian dalam kapasiti pelaksanaan aktiviti KBAT yang berbeza.


Download File

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Keywords: Higher order thinking skills; Implementation strategies; Writing skills; Taxonomic theory
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 26 Oct 2023 07:25
Last Modified: 26 Oct 2023 07:25
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/85925
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item