Citation
Abdul Aziz, Adi Yasran
(2020)
Pedoman umum ejaan Jawi Bahasa Melayu Dewan.
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
ISBN 9789834925468
Abstract
Sistem tulisan dan ejaan Jawi yang digunakan sekarang ialah sistem yang termuatdalam buku Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan yang diterbitkan secara rasmioleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1986 (edisi kedua, 1987; edisi ketiga, 1993).Sistem ini merupakan sistem ejaan Jawi terkini yang disempurnakan atau dimantapkandaripada Kaedah Ejaan Jawi yang digunakan sebelumnya yang berasaskan Kaedah EjaanJawi Za’ba (sebagaimana yang terdapat dalam buku Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi 1949). Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (1986) dihasilkan daripada rumusanKonvensyen Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada tahun 1984. HasilKonvensyen tahun 1984 itu telah diselaraskan dan diperkemas dengan maklumat yangdiperoleh daripada Konvensyen Tulisan Jawi anjuran Pusat Islam, Jabatan PerdanaMenteri, pada tahun 1991, dan Seminar Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan pada tahun1993. Semua maklumat tersebut disemak dan disahkan oleh Jawatankuasa TeknikalEjaan Jawi Pusat Islam dan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1993-1994.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |