UPM Institutional Repository

Ihsan, Ramadan & integriti panduan tazkirah sempena Ramadan al Mubarak


Citation

Mohd Yusoff, Ahmad Nasir (2020) Ihsan, Ramadan & integriti panduan tazkirah sempena Ramadan al Mubarak. Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. ISBN 9789672395157

Abstract

Dalam aspek etimologi, ihsan bermaksud ‘kebaikan’ (ihsan) lawan kepada ‘kejahatan’ (isa’ah). Manakala dari aspek terminologi ihsan bermaksud melakukan sesuatu yang baik. Perkataan ‘ihsan’ apabila digabungkan dengan perkataan ‘Islam’ dan ‘Iman’ ia merujuk kepada merasa diri diawasi dan ketaatan (muraqabah). Penekanan konsep dan amalan ‘IHSAN’ ini dikaitkan pula dengan bulan mulia iaitu bulan Ramadan dan amalan serta ibadah yang dilakukan sepanjang Ramadan untuk mengenali dan mencapai konsep ‘IHSAN’. Malah ia turut melibatkan aspek integriti dalam pembangunan penjawat awam sebagai golongan perancang, pengurusan, pelaksana dalam melestarikan mutu dan kualiti perkhidmatan serta pembangunan modal insan yang holistik. Maka dengan itu karya ini dihasilkan sebagai panduan dan perkongsian bersama. Diharapkan falsafah ‘IHSAN’ ini dapat diamalkan secara menyeluruh kerana ia akan memberi impak tinggi dalam pembentukan sahsiah, minda, gerak kerja, motivasi, inspirasi serta ganjaran pahala daripada Allah SWT atas kesungguhan, keterlusan, kejujuran, integriti sebagai pemimpin yang bertanggungjawab dan akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT nanti atas kepimpinan yang dipegang dan ditempatkan dalam syurga Allah.


Download File

[img]
Preview
Image
Ihsan, Ramadan & Integriti Panduan Tazkirah Sempena Ramadan al Mubarak.png

Download (491kB) | Preview
[img] Text
Ihsan, Ramadan .pdf

Download (57kB)

Additional Metadata

Item Type: Book
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: Penerbit Universiti Putra Malaysia
Keywords: Ramadhan; Integrity; Ihsan
Depositing User: Azhar Abdul Rahman
Date Deposited: 07 Sep 2021 04:44
Last Modified: 07 Sep 2021 04:47
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/85774
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item