Citation
Ahmad, Azmee
(1999)
Pencemaran bahan radiaoaktif di woksyop pusat angkatan tentera : satu penilaian.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Pencemaran bahan radioaktif di Woksyop Pusat Angkatan Tentera, Kem Batu
Kentomen, Kuala Lumpur, telah dikesan sejak tahun 1985. Pihak pengurusan Woksyop
telah mengambil tindakan dengan mengosongkan bangunan terse but serta memasang
pagar di sekeliling bangunan tersebut bagi menggelakan orang ramai menghampiri
kawasan tersebut. Pencemaran ini telah pun dilaporkan kepada Kementerian Pertahanan.
Pihak Institut Teknologi Nuklear Malaysia (MINT) hanya dimaklumkan selepas satu
dekad kemudian.
Pihak MINT telah melakukan ujian dan mengenalpasti radionuklid yang terbabit
ialah dari jenis Radium 226. Separuh hayat bagi radionuklid ini ialah 1604 tahun. Radium
226 juga dikenali sebagai bone seeker kerana mempunyai sifat mudah larut di dalam air
dan boleh meresap ke dalam tubuh badan manusia. la meresapi ke dalam tulang dan ini
boleh mengakibatkan barah tulang.
Keputusan ujian-ujian rnenunjukkan bahawa pencemaran yang berlaku di Makrnal
Radioaktif di Woksyop Pusat Angkatan Tentera berada ditahap yang serius dan
membimbangkan. Hampir sernua bahagian di kawasan dalam bangunan Makrnal
Radioaktif berada dalam keadaan yang tidak selamat digunakan. Bagaimanapun, di
bahagian luar bangunan Kadar cemaran adalah di bawah had dos tahunan iaitu 50 mSv
setahun seperti mana yang ditetapkan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA).
Ujian yang dijalankan mendapati bahawa jenis cemaran yang berlaku ialah cemaran tidak
lekat (non-fix contamination). Cemaran jenis ini boleh dirawat tanpa memusnahkan
bangunan yang tercemar.
Tindakan penguatkuasaan oleh pihak pengurusan Woksyop didapati tidak
berkesan. Bagaimana pun, ini tidak menunjukkan pihak pengurusan tidak peka terhadap
pencemaran yang berlaku, sebaliknya faktor-faktor seperti pengetahuan mengenai
radioaktif di peringkat pengurusan dan masalah birokrasi di Kementerian Pertahanan
menyumbang kepada kelengahan untuk tindakan bagi mengatasi masalah ini diambil.
Risiko pencemaran dikalangan pekerja-pekerja yang terbabit adalah tinggi kerana
kemudahan dan peralatan keselamatan yang ada di Woksyop ini berada pada tahap yang
daif. Pekerja-pekerja juga didapati tidak mernpunyai kelayakan untuk menguruskan
bahan radioaktif kerana tidak seorang pun di kalangan mereka yang mempunyai kursus
atau kelayakan formal berhubung dengan perkara tersebut. Bahkan terdapat pekerja pekerja
yang telah berkhidmat melebihi tiga puluh tahun tetapi tidak berpeluang untuk
berkursus atau pun menjalani pemeriksaan kesihatan.
Kementerian Pertahanan tidak mernpunyai jalan singkat untuk menyelesaikan
masalah ini kecuali dengan menyediakan peruntukan bagi merawat bangunan tersebut.
Pihak MINT perlu dihubungi kerana mernpunyai kepakaran untuk menjalankan proses
rawatan tersebut. Pihak pengurusan Woksyop dicadangkan supaya mendapatkan khidmat
nasihat bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapi.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |