Citation
Rajad, Mohd. Din
(1999)
Rumah kos rendah dari perspektif keselamatan kebakaran.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kertas kerja ini akan cuba meninjau (highlight) faktor pembinaan
dinding dua pihak (party wall), sikap penghuni (occupant behavior) dan
kekurangan yang mungkin terdapat dalam Undang-undang Kecil
Bangunan Seragam (UBBL) 1984 yang mungkin telah menyumbang ke
arah kejadian kebakaran.
Metodologi kajian merangkumi pemerhatian, soal selidik dan
wawancara di dua kompleks rumah kos rendah di Labuan, iaitu di
Kampung Layang-Layang dan di Kampung Tanjung Aru. Dari kajian,
dikenalpasti bahawa masalah yang dihadapi daripada pembinaan rumah kos rendah ialah ketinggian dinding dua pihak yang dibina hingga ke
paras bumbung yang telah meninggalkan ruang atau rongga yang
menyebabkan api mudah merebak ke rumah-rumah lain bersebelahan.
Selain daripada itu terdapat penghuni rumah kos rendah yang membuat
penyambungan rumah mereka tanpa kelulusan pihak berkuasa supaya
aspek keselamatan kebakaran dititikberatkan dan tidak mengendahkan
bahaya beban kebakaran (fire load).
Keputusan kajian menunjukkan sambungan rumah dibuat oleh
empunya rumah yang makan gaji (71% di Kampung Tanjung Aru dan
61% di Kampung Layang-Layang) berbanding dengan empunya rumah
yang bekerja sendiri (59% di Tanjung Aru dan 76% di Kampung Layang-
Layang). Keputusan kajian menunjukkan sambungan rumah dibuat oleh
atas sebab keluarga besar (14% di Kampung Tanjung Aru dan 43% di
Kampung Layang-Layang) ruang sempit (10% di Kampung Tanjung Aru
dan 36% di Kampung Layang-Layang) dan atas dasar mencantikkan
rumah (1%).
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |