Citation
Sarbini, Md. Salleh
(1999)
Kesediaan Pasukan Hazmat Negeri Pulau Pinang menghadapi insiden bahan kimia berbahaya.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Perkembangan kemajuan perindustrian di Negara ini telah menyebabkan peningkatan aktiviti- aktiviti penggunaan, penyimpanan, pemerosesan dan pengendalian bahan-bahan kimia berbahaya. Sehubungan dengan itu, tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat semakin mencabar serta menjadi bertambah rumit dalam usaha untuk menyelamatkan nyawa, harta benda serta melindungi alam sekitar akibat daripada kesan insiden kemalangan yang melibatkan bahan-bahan kimia yang sentiasa berlaku. Pengawalan dari segi tatacara pengendalian, pembungkusan, pengangkutan serta penyimpanan dan penguatkuasaan undang-undang belum tentu dapat menghalang insiden kemalangan bahan-bahan kimia berbahaya dari terus berlaku. Adalah dengan ini, penubuhan Pasukan Hazmat ysng mempunyai ahli-ahli yang mahir serta mempunyai kelengkapan peralatan yang lengkap dengan persediaan yang rapi boleh bertindak dengan cekap dan berkesan bagi membendung insiden menjadi lebih buruk. Kajian yang dilaksankana ini akan dapat menilai sejauh mana kecekapan dan tahap kesediaan Pasukan Hazmat di Negeri Pulau Pinang.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(Masters)
|
Subject: |
Chemical processes - Safety measures |
Subject: |
Hazardous substances - Safety measures |
Subject: |
Chemistry |
Call Number: |
FK 1999 46 |
Chairman Supervisor: |
Dr. Fakhru'l-Razi bin Ahmadun, PhD |
Divisions: |
Faculty of Engineering |
Depositing User: |
Mas Norain Hashim
|
Date Deposited: |
10 May 2021 23:25 |
Last Modified: |
10 May 2021 23:25 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/85565 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |