UPM Institutional Repository

Hubungan antara estim kendiri, efikasi kendiri keputusan kerjaya dan sokongan sosial dengan kematangan pemilihan kerjaya pelajar prinsip perakaunan


Citation

Juhod, Suhaila (2018) Hubungan antara estim kendiri, efikasi kendiri keputusan kerjaya dan sokongan sosial dengan kematangan pemilihan kerjaya pelajar prinsip perakaunan. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan antara pembolehubah-pembolehubah kematangan kerjaya di kalangan pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran elektif ikhtisas (MPEI) Prinsip Perakaunan. Pelajar dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (PLTV) khususnya yang mengambil aliran teknikal sering dikaitkan dengan masalah membuat keputusan kerjaya serta memilih laluan kerjaya yang jelas. Masalah yang berlaku ini berkaitan dengan kematangan kerjaya yang rendah dalam kalangan pelajar PLTV. Kematangan kerjaya dapat menentukan keupayaan seseorang dalam membuat keputusan kerjaya yang bakal dipilih agar mereka dapat menceburi bidang pekerjaan yang diingini pada masa hadapan. Dalam kajian ini, estim kendiri, efikasi kendiri keputusan kerjaya dan sosial telah dikenal pasti ada hubungannya dengan kematangan kerjaya. Kajian kuantitatif ini melibatkan 357 orang pelajar Prinsip Perakaunan di sekolah menengah harian biasa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Teknik persampelan rawak mudah digunakan dalam kajian ini. Data dikumpul dengan menggunakan soal selidik dimana tahap kematangan kerjaya diukur menggunakan Career Maturity Inventory Form C (CMI). Manakala bagi pembolehubah tidak bersandar, soal selidik yang digunakan adalah Rosernberg Self –Esteem Scale bagi mengkaji tahap estim kendiri, Career Decision Self Efficacy Scale-Short Form (CDSE-SF) bagi mengkaji tahap efikasi kendiri keputusan kerjaya dan Multidimensional Scale of Perceived Social Support bagi mengkaji tahap sokongan sosial pelajar. Analisis statistik yang terlibat pula adalah ANOVA sehala, korelasi Pearson dan regresi pelbagai. Berdasarkan kajian rintis, nilai Alpha Cronbach untuk kebolehpercayaan soal selidik adalah lebih besar dari .80 (r >0.8). Analisis deskriptif menunjukkan tahap kematangan kerjaya pelajar adalah rendah iaitu M = 7.41, SP = 3.73. Estim kendiri juga berada pada tahap rendah iaitu M = 2.17 dan S.P = .65 manakala tahap efikasi kendiri keputusan kerjaya adalah tinggi iaitu M = 3.79 dan S.P = .39. Tahap sokongan sosial pula adalah sederhana tinggi iaitu dan M = 5.07 dan S.P = .98. Seterusnya, Ujian korelasi Pearson menunjukkan wujudnya hubungan positif yang lemah antara estim kendiri, efikasi kendiri keputusan kerjaya dan sokongan sosial dengan kematangan kerjaya. Secara keseluruhannya dalam kajian ini, didapati efikasi kendiri keputusan kerjaya dan sokongan sosial bukanlah peramal kepada kematangan kerjaya. Sebaliknya hanya pembolehubah estim kendiri merupakan peramal paling signifikan bagi kematangan kerjaya. Dapatan kajian memberi implikasi bahawa bahawa faktor estim kendiri, efikasi kendiri keputusan kerjaya dan sokongan sosial berupaya memberi kesan kepada tahap kematangan kerjaya pelajar Prinsip Perakaunan. Tahap kematangan kerjaya yang tinggi diperlukan dalam memastikan permintaan dan keperluan terhadap pekerja mahir dalam pelbagai sektor perindustrian terutama dalam bidang PLTV tercapai. Oleh yang demikian, pengetahuan mengenai kemahiran kerjaya wajar disampaikan semasa proses pembelajaran dan pemudah cara (PdPC) berlangsung. Guru dan kaunselor boleh bekerjasama dalam menjalankan aktiviti-aktiviti kerjaya supaya pelajar lebih matang dalam memilih kerjaya masa hadapan sekaligus dapat meningkatkan kematangan kerjaya dalam bidang PLTV khususnya.


Download File

[img] Text
FPP 2019 35 UPM ir.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Vocational guidance - Case studies. - Malaysia
Subject: Vocational interests
Subject: Accounting - Study and teaching - Malaysia
Call Number: FPP 2019 35
Chairman Supervisor: Soaib Bin Asimiran, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Editor
Date Deposited: 24 May 2021 01:59
Last Modified: 14 Dec 2021 00:45
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/85556
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item