Citation
Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
(2011)
UPM Anjur Persidangan Antarabangsa Dalam Bidang Komposit Sains dan Teknologi (ICCST8).
[UPM News]
Abstract
KUALA LUMPUR, 31 Mac– Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan dengan kerjasama Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) julung kalinya menganjurkan 8th International Conference on Composite Science and Technology (ICCST8) baru-baru ini.
Pengerusi bersama persidangan, Profesor Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan dan Dr. Faizal Mustapha dari Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa berharap persidangan itu dapat melebarkan jaringan dalam bidang komposit sains dan teknologi.
“Persidangan ini menyediakan platform untuk penyelidik, ahli akademik dan usahawan untuk berkongsi pengetahuan serta menambah rangkaian penyelidikan dari dalam dan luar negara dalam bidang komposit sains dan teknologi,” katanya.
Sementara itu, UPM berjaya merangkul Anugerah Poster Terbaik iaitu ‘Tensile and Flexural Behavior of Hybrid Banana Pseudostem/glass Fibre Reinforced Polyester Composites’ daripada lima poster di peringkat akhir sebelum melepasi saingan 70 poster peringkat awal.
Penceramah jemputan dari Cambridge University, Profesor Peter W.R. Beaumont dan Profesor Dr. Azman Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menyampaikan ceramah utama dalam bidang kepakaran masing-masing berkaitan komposit dan nano-komposit.
Pihak penganjur ICCST8 menerima 320 abstrak, antaranya dari Turki, Iran, Kuwait, Australia, UK, Qatar, UAE, Indonesia, India, France, Germany, Japan Saudi Arabia, Thailand, Oman, Poland dan Republik Czech.
Selain itu kertas pembentangan terpilih akan diterbitkan dalam Journal: Applied Composite Materials (Springer) dan Mechanics of Advanced Materials and Structures (Taylor and Francis).
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |