UPM Institutional Repository

Kesepadanan makna peribahasa Jepun dan peribahasa Melayu berdasarkan konteks dan amalan


Citation

Wan Idris, Wan Suhaila (2020) Kesepadanan makna peribahasa Jepun dan peribahasa Melayu berdasarkan konteks dan amalan. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Peribahasa merupakan ungkapan-ungkapan pendek yang mudah diingati dan mempunyai maksud berkias dan tersirat yang bertujuan memberi nasihat, peringatan, sindiran dan sebagai pedoman hidup yang diwarisi turun temurun. Masyarakat Jepun dan masyarakat Melayu terkenal dengan kesantunannya dalam mengungkapkan sesuatu perkara yang dapat dicerminkan melalui peribahasa. Kajian persamaan makna peribahasa Jepun dan peribahasa Melayu menunjukkan wujudnya interaksi kedua-dua masyarakat dengan alam sekeliling dan benda yang paling rapat dengan kehidupan harian mereka. Sehubungan itu, kajian ini menyenaraikan tiga objektif kajian iaitu pertama mengenal pasti persamaan makna dalam peribahasa Jepun dan peribahasa Melayu. Kedua, menganalisis persamaan makna peribahasa Jepun dan peribahasa Melayu berdasarkan corak pemikiran masyarakat Jepun dan masyarakat Melayu dan ketiga merumuskan persamaan makna peribahasa Jepun dan peribahasa Melayu berdasarkan konteks dan amalan. Metodologi kajian ini ialah menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis teks. Kajian yang mengaplikasikan Teori Relevans (1986,1995) ini menggunakan data bagi peribahasa Jepun, “Nichiei Koji Kotowaza Jiten” terbitan Hokuseido Shote (1994) dan Kotowaza Jiten yang diterbitkan oleh Iwanami Shoten, Tokyo (2000). Manakala data kajian yang dipilih untuk peribahasa Melayu ialah “Peribahasa Melayu: Penelitian Makna dan Nilai” terbitan Universiti Putra Malaysia (2011) sebagai data kajian. Dalam kajian ini sebanyak 40 peribahasa telah dipilih untuk dianalisis merangkumi 20 peribahasa Melayu dan 20 peribahasa Jepun. Hasil kajian mendapati, terdapat empat unsur anggota badan, dua unsur tumbuhan, lima unsur haiwan, tiga bagi unsur alam benda dan unsur perasaan dan masing-masing satu bagi unsur adat, unsur rasa dan unsur tempat yang mempunyai persamaan makna. Di samping itu, Teori Relevans jelas membuktikan kewibawaannya dalam menginterprestasikan dan merungkai persamaan makna peribahasa Jepun dan peribahasa Melayu. Kesimpulannya, kajian ini memberi kefahaman tentang persamaan pemikiran yang wujud di antara masyarakat Jepun dan masyarakat Melayu walaupun terdapat perbezaan budaya, pegangan agama dan kedudukan geografi.


Download File

[img] Text
FBMK 2020 41 - ir.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Proverbs
Subject: Proverbs - History and criticism
Call Number: FBMK 2020 41
Chairman Supervisor: Zaid bin Mohd Zin, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 28 May 2021 04:36
Last Modified: 30 Dec 2021 02:33
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/85390
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item