Citation
Wan Idris, Wan Suhaila
(2020)
Kesepadanan makna peribahasa Jepun dan peribahasa Melayu berdasarkan konteks dan amalan.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Peribahasa merupakan ungkapan-ungkapan pendek yang mudah diingati dan mempunyai maksud
berkias dan tersirat yang bertujuan memberi nasihat, peringatan, sindiran dan sebagai
pedoman hidup yang diwarisi turun temurun.
Masyarakat Jepun dan masyarakat Melayu terkenal dengan kesantunannya dalam mengungkapkan sesuatu
perkara yang dapat dicerminkan melalui peribahasa. Kajian persamaan makna peribahasa Jepun
dan peribahasa Melayu menunjukkan wujudnya interaksi kedua-dua masyarakat dengan alam
sekeliling dan benda yang paling rapat dengan kehidupan harian mereka.
Sehubungan itu, kajian ini menyenaraikan tiga objektif kajian iaitu pertama mengenal pasti
persamaan makna dalam peribahasa Jepun dan peribahasa Melayu. Kedua, menganalisis persamaan
makna peribahasa Jepun dan peribahasa Melayu berdasarkan corak pemikiran masyarakat Jepun
dan masyarakat Melayu dan ketiga merumuskan persamaan makna peribahasa Jepun dan peribahasa Melayu
berdasarkan konteks dan amalan. Metodologi kajian ini ialah menggunakan kaedah kepustakaan dan
analisis teks. Kajian yang mengaplikasikan Teori Relevans (1986,1995) ini menggunakan data
bagi peribahasa Jepun, “Nichiei Koji Kotowaza Jiten” terbitan Hokuseido Shote (1994) dan
Kotowaza Jiten yang diterbitkan oleh Iwanami Shoten, Tokyo (2000). Manakala data kajian
yang dipilih untuk peribahasa Melayu ialah “Peribahasa Melayu: Penelitian Makna dan
Nilai” terbitan Universiti
Putra Malaysia (2011) sebagai data kajian.
Dalam kajian ini sebanyak 40 peribahasa telah dipilih untuk dianalisis merangkumi 20
peribahasa Melayu dan 20 peribahasa Jepun. Hasil kajian mendapati, terdapat empat unsur
anggota badan, dua unsur tumbuhan, lima unsur haiwan, tiga bagi unsur alam benda dan
unsur perasaan dan masing-masing satu bagi unsur adat, unsur rasa dan unsur tempat
yang mempunyai persamaan makna.
Di samping itu, Teori Relevans jelas membuktikan kewibawaannya dalam menginterprestasikan
dan merungkai persamaan makna peribahasa Jepun dan peribahasa Melayu. Kesimpulannya,
kajian ini memberi kefahaman tentang persamaan pemikiran yang wujud di antara masyarakat Jepun
dan masyarakat Melayu walaupun terdapat perbezaan budaya, pegangan agama
dan kedudukan geografi.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |