Citation
Zainal Abidin, Enid Zureen
(2019)
Perbandingan terjemahan idiom Arab-Melayu antara Google Translate dengan terjemahan kamus.
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Google Translate (GT) sebagai mesin penterjemah (MT) terkemuka merekodkan 143
bilion terjemahan sehari pada 2018 (Wolverton, 2018). Idiom Arab sebagai bahasa
figuratif yang berbeza daripada makna denotasinya perlu diterjemahkan dengan kaedah
yang sesuai (Noor Ezliza & Zulazhan, 2016). Penggunaannya secara meluas dalam
bahasa seharian termasuk dalam akhbar dan media sosial menjadi cabaran besar kepada
pengguna Melayu yang menggunakan GT untuk menterjemahkannya. Oleh itu, objektif
kajian ini adalah untuk mengenal pasti terjemahan idiom Arab-Melayu melalui GT;
membandingkan hasil terjemahan idiom Arab-Melayu antara GT dengan terjemahan
kamus menurut kaedah penterjemahan idiom; dan merumuskan hasil penilaian
terjemahan idiom Arab-Melayu antara GT dengan terjemahan kamus berdasarkan
kaedah penterjemahan idiom. Kajian ini menerapkan kaedah kualitatif melalui analisis
teks. Data diambil daripada 35 idiom yang terdapat dalam Kamus Kontrastif Ungkapan
Idiomatik (KKUI) Arab-Arab dan Kamus Frasa Idiomatik dan Ertinya (KFIADE) Arab-
Melayu serta digunakan dalam korpus akhbar Al-Ghad(02) Jordan dalam ArabiCorpus.
Sebanyak 105 data diterjemahkan menggunakan GT dan seterusnya analisis dilakukan
ke atas hasil terjemahan secara rinci melalui perbandingan dengan KFIADE. Dapatan
kajian menunjukkan kualiti terjemahan GT adalah lebih baik apabila idiom
diterjemahkan bersama konteks ayat berbanding dengan terjemahannya di luar konteks
ayat dengan ketepatan 40% berbanding dengan terjemahan kamus. Di sebalik kelemahan
utama GT yang menterjemah secara harfiah, GT mampu menghasilkan terjemahan idiom
yang baik dalam ragam ayat yang berbeza. Sebagaimana KFIADE, kebolehgunaan
terjemahan GT ditentukan oleh aspek persamaan makna terjemahan berbanding dengan
persamaan jenis dan bentuk idiom dalam bahasa sumber. Analisis juga mendapati dua
ciri persamaan terjemahan idiom antara GT dengan KFIADE manakala lapan ciri
perbezaan pula telah dikenal pasti. Empat kaedah penterjemahan idiom juga telah
dikesan berdasarkan adaptasi kaedah penterjemahan metafora Newmark (1988). Kaedah
paling banyak ialah “menukarkan idiom kepada pengertian” oleh kedua-dua KFIADE
dan GT. Kaedah fleksi juga didapati menjadi kelebihan kepada terjemahan KFIADE
berbanding dengan GT. Meskipun demikian, GT boleh ditingkatkan ketepatannya
sehingga 5.7% dengan memanipulasi data terjemahan GT.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |