Citation
Mohd Nathir, Khairul Asyraf
(2019)
I’jâz Bayani dan Ilmi berkaitan fenomena kiamat dalam al-Qur’an.
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis i'jaz bayāni dan ilmi berkaitan fenomena kiamat dalam
al-Qur’an yang mengandungi elemen ma’ani dalam menerangkan sesuatu maksud. Sesetengah
fenomena kiamat dalam al-Qur’an boleh menimbulkan keraguan sekiranya diabaikan i’jaz bayāni dan
ilmi di dalamnya. Oleh itu, sesuatu ayat berkaitan fenomena kiamat itu perlu diinterpretasikan
maknanya dengan tepat. Kajian mendapati kegagalan memahami makna fenomena kiamat dalam al-Qur’an
adalah disebabkan gagal memahami i’jaz bayāni dan ilmi di dalamnya. Objektif kajian
adalah bertujuan mengenal pasti elemen i’jaz bayāni dan ilmi pada fenomena kiamat yang terdapat
dalam al-Qur’an. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk meneliti dan menjelaskan makna nahu,
konteks dan tema yang melatari fenomena kiamat. Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang
menggunakan pendekatan ma’ani oleh Lāsyin (2009) dan teori Halliday’s Systemic
Functional Linguistics (2004) sebagai asas kajian. Kaedah analisis kandungan digunakan untuk
meneliti teks secara tekstual dan kontekstual. Bahan kajian merupakan potongan ayat al-Qur’an
yang terkandung padanya beberapa lafaz khusus yang menggambarkan fenomena kiamat. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa elemen ma’ani dalam fenomena kiamat berfungsi menjelaskan perkara abstrak
seperti gambaran gegaran dan runtuhan untuk mendekatkan pemahamannya kepada pendengar. Selain itu,
analisis dari sudut makna nahu mendapati terdapat penggunaan seperti fi’il mabniy lil majhul dan
maṣdar. Dapatan juga menunjukkan bahawa fenomena kiamat dalam al- Qur’an menggunakan
pelbagai elemen ma’ani seperti khabar, insya’, hazf dan zikr, taqdīm dan ta’khir, qasr,
ijaz, iṭnāb dan musāwaṯ untuk mengetengahkan tema yang berkaitan dengan gegaran, kehancuran
bumi dan gunung, pembelahan bumi, pergerakkan gunung dan penggantian bumi. Hasil kajian ini
akan dimanfaatkan untuk membantu
memahami fenomena kiamat dalam al-Qur’an dengan lebih jelas.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |