Citation
Ali Shah, Ishak
(1996)
Tanggapan guru pembimbing terhadap kursus penyeliaan latihan mengajar di Maktab Perguruan Islam.
[Project Paper Report]
Abstract
Kajian yang dijalankan ke atas 50 orang guru pembimbing yang
menyelia guru-guru pelatih Maktab Perguruan Islam yang ditempatkan di
Selangor dan Wilayah Persekutuan , Kuala Lumpur. Kajian ini bertujuan
meninjau tanggapan mereka terhadap kursus penyeliaan latihan mengajar
program latihan mengajar Maktab Perguruan Islam .Tinjauan yang
menggunakan instrumen soal selidik ini meliputi tanggapan responden
terhadap kursus penyeliaan latihan mengajar dari enam aspek iaitu; tujuan,
kegunaan, perancangan, strategi, penilaian dan bimbingan lanjutan.
Data-data yang diperolehi melalui soal selidik ini telah dianalisis
berdasarkan taburan kekerapan dan min , mendapati tujuan, kegunaan dan
perancangan kursus memang sesuai dan penting bagi mereka tetapi aspek
strategi pengajaran dan bimbingan lanjutan kursus perlu diperbaiki. Untuk
keberkesanan kursus, dicadangkan supaya diwujudkan penyelarasan,
bimbingan profesional yang berterusan, latihan dalaman, penyebaran
maklumat yang sesuai dan menjalankan penyelidikan lanjutan bentuk
tindakan. Selain itu beberapa cadangan lain juga diberikan berdasarkan
dapatan kajian ini.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |