UPM Institutional Repository

Strategi padanan leksikal haiwan dan implikasinya dalam Kamus Besar Arab Melayu Dewan


Citation

Aziz @ Saari, Mohd Bakri (2019) Strategi padanan leksikal haiwan dan implikasinya dalam Kamus Besar Arab Melayu Dewan. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian tentang padanan dalam kamus dwibahasa di Malaysia tertumpu pada konsep dan strategi padanan yang melibatkan leksikal budaya. Dapatan kajian terdahulu menunjukkan kesukaran memadankan leksikal bahasa sumber yang berunsur budaya dan kesukaran ini menuntut penggunaan strategi tertentu untuk mengatasi gejala anisomorfisme. Pemilihan strategi padanan yang sesuai untuk diaplikasikan merupakan masalah dan cabaran yang kritikal dalam penyusunan sesebuah kamus dwibahasa. Sehubungan dengan itu, kajian tentang leksikal dan strategi padanan yang melibatkan leksikal haiwan secara menyeluruh terutamanya dalam kamus dwibahasa pasangan Arab-Melayu juga memerlukan lebih perhatian. Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti leksikal haiwan, menganalisis strategi padanan yang diaplikasikan oleh para penyusun KBAMD dan menghuraikan implikasi penggunaan strategi padanan tersebut kepada proses penyusunan KBAMD. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan kualitatif menerusi penerapan reka bentuk analisis dokumen terhadap leksikal haiwan dalam KBAMD dan padanannya dalam bahasa Melayu. Data kajian yang dipetik daripada KBAMD dianalisis mengikut objektif kajian. Pengenalpastian leksikal haiwan dilakukan berdasarkan padanan bahasa Melayu dan rujukan dalam kamus ekabahasa Arab, manakala analisis strategi padanan secara deskriptif dilaksanakan mengikut pendekatan al-Kasimi (1977). Dapatan kajian menunjukkan bahawa leksikal haiwan yang paling banyak ditemukan dalam KBAMD ialah leksikal unta, kuda, singa, kambing, helang dan ular. Hasil kajian juga mendapati strategi padanan terjemahan bagi leksikal haiwan dalam KBAMD merangkum tiga jenis kata nama, iaitu kata nama am, kata nama ganda dan kata nama pinjaman. Sementara itu, strategi padanan penjelasan pula melibatkan padanan frasa nama, gabungan dua unsur bahasa Melayu yang diselangi kata hubung ‘yang’, gabungan kata nama ‘sejenis’ dan unsur bahasa Melayu, gabungan unsur bahasa Arab dan bahasa Melayu, ayat tunggal dan unsur keterangan. Selain dua strategi padanan tersebut, hasil analisis data juga menemukan padanan ensiklopedia. Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa implikasi strategi padanan yang digunakan dalam KBAMD bagi memadankan leksikal haiwan bukan sahaja mengakibatkan perkongsian padanan untuk beberapa leksikal, malah juga menyebabkan kekaburan makna leksikal haiwan. Secara keseluruhannya, kajian ini memberikan panduan kepada para penyusun tentang strategi padanan leksikal haiwan dan implikasinya terhadap penyusunan kamus dwibahasa Arab-Melayu.


Download File

[img] Text
FBMK 2020 23 ir.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Lexicography - Research
Subject: Arabic language - Lexicography
Call Number: FBMK 2020 23
Chairman Supervisor: Profesor Madya Abd Rauf bin Hassan, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 08 Apr 2021 04:16
Last Modified: 30 Dec 2021 07:27
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/85137
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item