UPM Institutional Repository

Amirrudin Juara Pidato Piala Perdana Menteri 2011


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Amirrudin Juara Pidato Piala Perdana Menteri 2011. [UPM News]

Abstract

PUTRAJAYA, 16 Mac – Pelajar Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) Universiti Putra Malaysia (UPM), Amirrudin Abdul Rahman muncul juara pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PABM) 2011 Kategori Nusantara. Amiruddin berkata beliau amat bertuah kerana dapat mewakili negara Malaysia dalam pertandingan berprestij antarabangsa di samping berkongsi kemahiran dan pengetahuan bersama dengan peserta lain dari luar negara. “Saya amat berbangga apabila melihat peserta dari luar negara dapat menguasai bahasa kita dengan baik walaupun berbunyi seperti pertuturan Indonesia, ia tidak mematahkan semangat mereka untuk berkongsi idea dengan lantang melalui hujah-hujah yang telah diberikan. “Bahasa Melayu sememangnya mempunyai keunikan yang tersendiri di mana perkataan dan ejaan mudah difahami dan disebut selaras dengan imej sebagai bahasa lingua franca dahulunya di zaman Kesultanan Melayu Melaka hingga sekarang menduduki 10 tangga bahasa yang dikenali dan ditutur di dunia,” katanya. “Saya teruja dengan peserta dari negara Turki yang memenangi johan bagi kategori Antarabangsa kerana berjaya menambat hati juri dan semua rakyat Malaysia dengan menggunakan deklamasi pantun bagi mengukuhkan hujah dan debatnya dengan berkesan. Beliau membawa pulang wang berjumlah RM 15,500 berserta piala pusingan manakala naib johan dimenangi peserta dari Brunei, Awang Haji Abdul Rashid bin Awang Haji Damit dengan membawa pulang wang berjumlah RM 9,300 berserta piala pertandingan. Pertandingan yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu Antarabangsa dan Nusantara itu diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan disertai 56 peserta dari 51 buah negara. Pertandingan akhir PABM 2011 bertemakan ‘Pengantarabangsaan Bahasa Melayu’ itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang turut dihadiri Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.


Download File

[img]
Preview
PDF
Amirrudin_Juara_Pidato_Piala_Perdana_Menteri_2011.pdf

Download (121kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 17 Mar 2011 01:53
Last Modified: 27 May 2013 06:45
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/85
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item