UPM Institutional Repository

Kerancuan Bahasa Melayu pada papan tanda perniagaan di Peringgit, Melaka, Malaysia


Citation

Awang Halim, Isbahudin (2019) Kerancuan Bahasa Melayu pada papan tanda perniagaan di Peringgit, Melaka, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan mutakhir ini dilihat semakin goyah. Satu daripada faktor kegoyahan tersebut adalah disebabkan oleh penularan papan tanda perniagaan yang rancu dengan kepelbagaian penyalahgunaan dan kesalahan linguistik. Hakikat inilah yang mendorong kajian ini dilaksanakan oleh penyelidik untuk menganalisis fenomena tersebut secara tuntas di Peringgit, Melaka. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti kerancuan bahasa, menganalisis kerancuan bahasa berdasarkan Analisis Kesalahan Berbahasa (Tarigan, 1984) dan akhirnya merumuskan kerancuan bahasa yang terdapat pada papan tanda perniagaan di Peringgit, Melaka. Domain kajian ini terbatas kepada tiga zon premis perniagaan utama di bandar Peringgit. Kajian ini dijalankan berdasarkan pendekatan kualitatif, iaitu proses pengumpulan data dilakukan melalui dua kaedah, iaitu kaedah kerja lapangan dan analisis kandungan. Pengkaji berada sendiri di lapangan untuk meninjau, merakam, merekod dan mencatat data. Penganalisisan data kajian ini dilakukan berdasarkan lima prosedur kerja yang ada di dalam teori Analisis Kesalahan Berbahasa (Tarigan, 1984), iaitu mengumpulkan data kesalahan, mengklasifikasikan kesalahan, memeringkatkan kesalahan, menjelaskan kesalahan dan membetulkan kesalahan. Dapatan kajian ini merumuskan bahawa terdapat 36 sampel kerancuan yang dikesan daripada 131 data yang dikumpulkan, merangkumi kesalahan pada aspek ejaan dan tanda baca (46.15%), morfologi (5.77%), sintaksis (44.23%) dan leksikon (3.85%). Justeru, kajian ini diharapkan mampu memartabatkan bahasa Kebangsaan terutamanya melalui pembangunan dan pengstrukturan semula papan tanda perniagaan yang lebih berkualiti, sekali gus mengukuhkan identiti negara yang telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.


Download File

[img] Text
FBMK 2019 49 - IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Language
Subject: Malay language
Call Number: FBMK 2019 49
Chairman Supervisor: Prof. Madya Norazlina binti Haji Mohd. Kiram, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 15 Mar 2021 02:38
Last Modified: 15 Mar 2021 02:38
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/84740
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item