Citation
Abdul Rahman, Nur Ruqaiyah
(2018)
Hubungan antara pengetahuan pengguna Islam terhadap kewibawaan Jakim dan pola pencarian maklumat dalam talian dengan gelagat pembelian makanan halal.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Pengembangan empayar industri makanan halal dunia menjadikan kajian terhadap
industri ini sebagai keperluan yang mendesak. Di Malaysia, Fungsi JAKIM sebagai agensi penguatkuasa
Akta Halal menuntut komunikasi berkesan di antara organisasi ini dengan masyarakat Islam yang
pastinya sensitif dengan isu berkaitan makanan halal. Menggunakan model kognitif
(lanjutan) dan pembelian oleh Dodds, et al. (1991), penyelidik cuba melihat perkaitan di
antara pembolehubah bebas iaitu pengetahuan pengguna Islam terhadap kewibawaan JAKIM dan
pola pencarian maklumat secara dalam talian dengan pembolehubah bersandar iaitu
gelagat pembelian pengguna Islam. Sebanyak 400 set borang soal selidik telah diedarkan
kepada 400 orang responden yang dipilih secara persampelan mudah dalam kalangan pengunjung Pusat
Membeli Belah Mid Valley dan Sunway Pyramid. Data kuantitatif ini kemudiannya dianalisis
menggunakan ujian korelasi menerusi perisian SPSS. Kajian mendapati bahawa pengetahuan
pengguna terhadap kewibawaan JAKIM mempengaruhi gelagat pembelian mereka. Pengguna juga turut
menyatakan bahawa strategi komunikasi yang digunakan oleh JAKIM adalah tidak berkesan namun jenama
Halal JAKIM masih diterima dalam kalangan pengguna Islam. Dapatan kajian juga menunjukkan kekerapan
pencarian maklumat berkaitan produk makanan halal dalam
kalangan pengguna Islam masih lagi dalam kadar sederhana.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |