UPM Institutional Repository

Penguasaan Tadhkīr dan Ta’nīth dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Selangor, Malaysia


Citation

Jaffar, Siti Nor (2019) Penguasaan Tadhkīr dan Ta’nīth dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Selangor, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Tadhkīr dan Ta’nīth merupakan elemen asas dalam mendalami bidang sintaksis Arab. Penguasaan dalam aspek gender ini adalah penting bagi setiap penutur bahasa Arab bagi memahami peraturan dan sistem nahu secara keseluruhannya. Namun, realiti pada hari ini menunjukkan ramai pelajar bahasa Arab dilihat kurang menguasai nahu bahasa Arab dengan baik terutamanya dalam aspek ini. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk (1) mengenalpasti tahap penguasaan pelajar Menengah SMKA dalam penggunaan tadhkīr dan ta’nīth (2) mengkaji bentuk kesalahan yang kerap dilakukan oleh pelajar Menengah SMKA dalam tadhkīr dan ta’nīth (3) menganalisis faktor linguistik yang mempengaruhi kesalahan pelajar Melayu yang mempelajari bahasa Arab. Kajian kuantitatif ini menggunakan set ujian di mana soalan berbentuk aneka pilihan dan karangan diberikan kepada pelajar. Peserta kajian adalah terdiri daripada 30 orang pelajar di salah sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Negeri Selangor yang telah dipilih secara bertujuan dari 2 buah kelas Tingkatan enam yang mengambil subjek bahasa Arab sebagai mata pelajaran teras. Hasil kajian dianalisis secara deskriptif bagi mengukur kekerapan, peratusan dan min. Hasil analisis menunjukkan tahap penguasaan pelajar dalam penggunaan tadhkīr dan ta’nīth adalah pada tahap sederhana. Selain itu, data yang diperolehi turut menunjukkan bentuk kesalahan terbesar yang dilakukan oleh pelajar adalah kesalahan penggunaan kata kerja yang mencatat jumlah tertinggi; iaitu kesalahan dalam kata kerja lepas atau kata kerja sedang berlaku (30%) dan kesalahan dalam penggunaan struktur ayat kerjaan (53.9%). Manakala, dapatan kajian analisis faktor yang mempengaruhi kesalahan linguistik pelajar menunjukkan bahawa pelajar terlibat dengan beberapa isu kesalahan bahasa; didahului oleh faktor Gangguan Bahasa Ibunda (interlingual transfer) yang melibatkan 18 kesalahan (60%), diikuti dengan faktor Generalisasi Melampau (Over-generalization) sebanyak 16 kesalahan (53.5%), faktor Pengabaian Terhadap Sekatan Peraturan Bahasa (Ignorance of Rule Restrictions) dengan kekerapan 12 kesalahan (40%) dan faktor Membuat Andaian yang Salah Terhadap Konsep Bahasa (False Concepts Hypothesized) dengan 4 kesalahan (13.3%). Antara punca utama kesalahan ini berlaku adalah pengaruh bahasa Ibunda ke dalam struktur ayat dalam bahasa Arab. Pelajar didapati cenderung untuk menterjemahkan ayat bahasa Melayu ke dalam bahasa Arab tanpa menitikberatkan unsur nahu yang perlu ada dalam membentuk struktur ayat yang betul dalam bahasa Arab.


Download File

[img] Text
FBMK 2019 37 - ir.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Arabic language - Usage
Subject: Arabic language - Morphology
Call Number: FBMK 2019 37
Chairman Supervisor: Prof. Madya Ab. Halim bin Mohamad, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 03 Mar 2021 07:25
Last Modified: 31 Dec 2021 03:40
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/84670
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item