UPM Institutional Repository

Lakuan bahasa mengenai peristiwa banjir dalam kalangan masyarakat di Kelantan, Malaysia


Citation

Mohamad, Aswadi (2018) Lakuan bahasa mengenai peristiwa banjir dalam kalangan masyarakat di Kelantan, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Lakuan bahasa merupakan satu bentuk pertuturan yang dihasilkan untuk membentuk tindakan dan berlainan daripada ayat serta tidak dapat dikaitkan dengan tahap nahu yang lain. Selain itu, lakuan bahasa hanya wujud dalam satu situasi komunikasi lazimnya yang terdapat dalam perbualan atau wacana. Bidang analisis perbualan atau analisis wacana dipilih sebagai focus kajian untuk menentukan keberkesanan penggunaan lakuan bahasa dalam analisis perbualan yang mempunyai fungsi komunikasi secara langsung atau tidak langsung antara penutur dengan pendengar. Kajian ini merupakan kajian lapangan yang dijalankan berpandukan Teori Lakuan Bahasa (TLB) yang di asaskan oleh Searle (1969). Kaedah temu bual, rakaman dan permerhatian digunakan untuk meneliti transkripsi video dalam kajian. Kajian ini berfokus kepada dua objektif utama, iaitu menganalisis jenis lakuan bahasa mengenai peristiwa banjir dalam kalangan masyarakat di Kelantan dan merumuskan jenis dan struktur lakuan bahasa mengenai peristiwa banjir dalam kalangan masyarakat di Kelantan. Data kajian diperolehi daripada peganalisisan lima buah video berkaitan dengan banjir di Manik Urai Kelantan iaitu yang bertajuk Tenggelamnya SMK Manik Urai#pascabanjir, video yang kedua bertajuk Salah seorang mangsa banjir di Kg Pahi, Kuala Krai, dan yang ketiga bertajuk Mangsa Terakhir di Kg Manik Urai#pascabanjir#pray4pantaitimur, video keempat yang bertajuk Majalah 3- Edisi Khas Banjir di Kelantan 2014-2015 dan video kelima yang bertajuk Tangisan di Manik Urai.


Download File

[img] Text
FBMK 2019 50 - ir.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Speech acts (Linguistics)
Call Number: FBMK 2019 50
Chairman Supervisor: Prof MadyaZaitul Azma Zainon Hamzah, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 03 Mar 2021 07:19
Last Modified: 31 Dec 2021 03:47
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/84652
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item