Citation
Mohamad, Aswadi
(2018)
Lakuan bahasa mengenai peristiwa banjir dalam kalangan masyarakat di Kelantan, Malaysia.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Lakuan bahasa merupakan satu bentuk pertuturan yang dihasilkan untuk membentuk
tindakan dan berlainan daripada ayat serta tidak dapat dikaitkan dengan tahap nahu
yang lain. Selain itu, lakuan bahasa hanya wujud dalam satu situasi komunikasi
lazimnya yang terdapat dalam perbualan atau wacana. Bidang analisis perbualan atau
analisis wacana dipilih sebagai focus kajian untuk menentukan keberkesanan
penggunaan lakuan bahasa dalam analisis perbualan yang mempunyai fungsi
komunikasi secara langsung atau tidak langsung antara penutur dengan pendengar.
Kajian ini merupakan kajian lapangan yang dijalankan berpandukan Teori Lakuan
Bahasa (TLB) yang di asaskan oleh Searle (1969). Kaedah temu bual, rakaman dan
permerhatian digunakan untuk meneliti transkripsi video dalam kajian. Kajian ini
berfokus kepada dua objektif utama, iaitu menganalisis jenis lakuan bahasa mengenai
peristiwa banjir dalam kalangan masyarakat di Kelantan dan merumuskan jenis dan
struktur lakuan bahasa mengenai peristiwa banjir dalam kalangan masyarakat di
Kelantan. Data kajian diperolehi daripada peganalisisan lima buah video berkaitan
dengan banjir di Manik Urai Kelantan iaitu yang bertajuk Tenggelamnya SMK Manik
Urai#pascabanjir, video yang kedua bertajuk Salah seorang mangsa banjir di Kg Pahi,
Kuala Krai, dan yang ketiga bertajuk Mangsa Terakhir di Kg Manik
Urai#pascabanjir#pray4pantaitimur, video keempat yang bertajuk Majalah 3- Edisi
Khas Banjir di Kelantan 2014-2015 dan video kelima yang bertajuk Tangisan di Manik
Urai.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |