Citation
Tajurahim, Nurul Nadiah Syahida
(2019)
Pengaruh efikasi diri, intensiti pendidikan pengguna, trait personaliti dan media sosial terhadap pendayaupayaan pengguna di Malaysia.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Di sebalik pelbagai persiapan dan pembangunan untuk menyediakan pengguna berhadapan dengan IR
4.0 dan Society 5.0, pengguna masih lagi dibelenggu dengan krisis dan isu seperti kes
penipuan pengguna. Di samping itu, pelbagai pilihan dan tawaran kepada pengguna juga membuatkan
pembuatan keputusan pengguna menjadi lebih rumit dan ia melibatkan pengguna bandar dan
luar bandar. Oleh yang demikian, sudah tiba masanya pendayaupayaan pengguna ditingkatkan.
Dengan menggunakan pendekatan Teori Pendayaupayaan dan Teori Kognitif Sosial, tujuan utama
kajian ini ialah untuk menentukan faktor yang mempengaruhi pendayaupayaan pengguna di Malaysia.
Menggunakan kaedah kajian berbentuk kuantitatif, seramai 400 orang responden berumur 18 tahun ke
atas terlibat dan mereka telah dipilih menggunakan teknik persampelan rawak berperingkat
di empat zon utama, utara, selatan, timur dan tengah termasuklah sabah dan sarawak dan negeri yang
terpilih ialah Selangor, Johor, Terengganu, Pulau Pinang dan Sarawak. Empat faktor dikaji
ialah efikasi diri, intensiti pendidikan pengguna, trait personaliti dan media sosial. Tahap
pendayaupayaan juga dianalisis bagi melihat sama ada wujudnya perbezaan
tahap pendayaupayaan antara pengguna bandar dan luar bandar. Ujian analisis regresi
berganda telah digunakan untuk meramal faktor yang mempengaruhi pendayaupayaan dan
penemuan kajian mendapati intensiti pendidikan pengguna, efikasi diri, media
sosial dan personaliti agresif mempunyai perhubungan yang signifikan dengan
pendayaupayaan pengguna, manakala pemboleh ubah personaliti asertif digugurkan daripada
model kerana ia tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan pendayaupayaan pengguna. Hasil
kajian juga menunjukkan bahawa, tahap pendayaupayaan pengguna bandar dan luar bandar tidak
menunjukkan sebarang perbezaan. Akhir sekali, profil pendayaupayaan pengguna telah
dibentuk dan kajian ini menunjukkan bahawa umur, pekerjaan dan status perkahwinan responden
perlu ditekankan bagi memastikan perancangan pembentukan program pendidikan disasarkan kepada
golongan yang betul. Kesimpulannya, kajian ini memberi maklumat yang diperlukan
untuk aspek penambahbaikan terhadap dasar pengguna negara dan akta perlindungan pengguna sedia
ada untuk meningkatkan pendayaupayaan
pengguna.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |