UPM Institutional Repository

Hubungkait antara kecederaan muskuloskeletal dengan masalah pemakanan dan gangguan kitaran haid dalam kalangan atlet perempuan


Citation

Tamjehi, Suriati (2017) Hubungkait antara kecederaan muskuloskeletal dengan masalah pemakanan dan gangguan kitaran haid dalam kalangan atlet perempuan. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti kelaziman kecederaan muskuloskeletal dan hubungannya dengan masalah pemakanan serta gangguan kitaran haid. Seramai 96 atlet perempuan (min=22.23+ 2.12 tahun) yang mewakili 15 jenis sukan yang berbeza (seni mempertahankan diri, renang, trek dan balapan, lawan pedang, badminton, skuasy, memanah, gimnastik, bola tampar, bola jaring, bola baling, skuasy, hoki, sofbol dan bola keranjang) dari Universiti Putra Malaysia terlibat dalam kajian ini. Sejumlah 99 orang mahasiswi bukan atlet yang dipilih secara rawak dijadikan sebagai kumpulan kawalan. Inventori Kecederaan Muskuloskeletal digunakan untuk mengukur tahap kecederaan muskuloskeletal. Soal selidik Eating Disorder Examination Questionnaire (EDE-Q) digunakan untuk mengukur masalah pemakanan manakala soal selidik Menstrual Health Questionnaire (MH-Q) digunakan untuk mengkaji gangguan kitaran haid. Analisis deskriptif menunjukkan 60.4% (n=58) atlet mengalami kecederaan muskuloskeletal; 68.7% (n=66) mengalami masalah pemakanan dan 27.0% (n=26) mengalami gangguan kitaran haid. Analisis ujian Mann- Whitney terhadap perbandingan antara atlet dan kumpulan kawalan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi masalah pemakanan; Subskala Kawalan Terhadap Pemakanan (P =.008), Subskala Kebimbangan Terhadap Bentuk Badan (P =.000), Subskala Kebimbangan Terhadap Berat Badan (P =.011) dan Skor Min Keseluruhan EDE-Q (P =.005). Analisis Khi Kuasa Dua pula menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kecederaan muskuloskeletal dan masalah pemakanan (P =.002) Kajian ini menunjukkan bahawa kekerapan insiden kecederaan yang tinggi berlaku dalam kalangan atlet perempuan dan ianya mempunyai hubungan yang signifikan dengan masalah pemakanan dalam kalangan atlet perempuan UPM.


Download File

[img] Text
FPP 2018 50 ir.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Athletic Injuries
Subject: Musculoskeletal Diseases
Subject: Human mechanics
Call Number: FPP 2018 50
Chairman Supervisor: Tengku Fadilah Tengku Kamalden, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 15 Feb 2021 00:39
Last Modified: 03 Jan 2022 04:51
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/84516
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item