UPM Institutional Repository

Kesediaan, penerimaan dan pengoperasian guru kemahiran hidup bersepadu terhadap amalan pentaksiran berasaskan sekolah


Citation

Kassim, Mohd Khairi (2018) Kesediaan, penerimaan dan pengoperasian guru kemahiran hidup bersepadu terhadap amalan pentaksiran berasaskan sekolah. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang digabungkan dengan pentaksiran sumatif mula dilaksanakan untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) sejak tahun 2012. Beberapa kajian lepas mendapati guru KHB masih mempunyai banyak persoalan dalam melaksanakan PBS. Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan kesediaan, penerimaan dan pengoperasian guru-guru yang mengajar KHB terhadap amalan PBS. Penyelidik menggunakan kaedah kajian kolerasi untuk menentukan hubungan kesediaan, penerimaan dan pengoperasian dengan amalan PBS. Responden kajian terdiri daripada 172 guru KHB yang melaksanakan PBS dalam pengajaran mereka di daerah Klang, Selangor. Kajian ini menggunakan soal selidik diadaptasikan daripada instrumen Abdul Zubir (2007) yang mengkaji tentang kesediaan guru dan Salmiah Jaba (2013) yang mengkaji tentang kesediaan, penerimaan, pengoperasian dan keprihatinan gunu KHB Pertanian terhadap amalan PBS. Item soal selidik telah mendapat pengesahan muka daripada 2 orang pakar bahasa yang menilai kesesuaian bahasa, kejelasan arahan, penyampaian, penyataan atau soalan. Kesahan kandungan pula, dibuat oleh pakar dalam bidang penyelidikan teknik vokasional. Kajian rintis telah dijalankan melibatkan 30 orang guru KHB dan nilai pekali cronbach alpha melebihi 0.7 bagi setiap item. Keadaan ini menunjukkan aras kebolehpercayaan yang boleh diterima untuk menjalankan kajian. Dapatan kajian menunjukkan amalan guru KHB berada pada peringkat tinggi dalam amalan pelaksanaan PBS (M=4.05, SP=.440). Kesediaan guru KHB berada juga pada tahap tinggi (M=3.78, SP=.473) . Penerimaan dan pengoperasian guru pada tahap sederhana masing-masing dengan (M=3.47, SP =.615) dan (M=3.66, SP=.567). Dari segi hubungan antara kesediaan dan amalan perlaksanaan PBS terdapat hubungan yang positif dan kuat di mana r=0.519. Hubungan antara amalan perlaksanaan PBS dengan penerimaan mempunyai hubungan negatif dan lemah, di mana r=0.265. Sementara hubungan antara pengoperasian dan amalan PBS mempunyai hubungan yang positif di mana r=0.456. Analisis regresi menunjukkan kesemua pemboleh ubah adalah signifikan terhadap amalan PBS. Kajian ini menyumbang kepada amalan PBS yang berkesan untuk digunakan oleh pihak yang berkepentingan seperti Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri, Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak berkaitan untuk menggubal sukatan pelajaran dan melaksanakannya dalam pendidikan di negara ini. Daripada dapatan kajian ini, beberapa cadangan dikemukakan untuk kajian lanjutan.


Download File

[img] Text
FPP 2019 31 UPM ir.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: School-based management - Malaysia - Evaluation - Evaluation.-Malaysia
Subject: Educational evaluation - Malaysia
Subject: Teachers - Self-rating of - Malaysia - Self-rating of - Malaysia
Call Number: FPP 2019 31
Chairman Supervisor: Profesor Madya Abdullah Mat Rashid, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Editor
Date Deposited: 25 Nov 2020 02:53
Last Modified: 04 Jan 2022 01:45
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/84254
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item