Citation
Kassim, Mohd Khairi
(2018)
Kesediaan, penerimaan dan pengoperasian guru kemahiran hidup bersepadu terhadap amalan pentaksiran berasaskan sekolah.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang digabungkan dengan
pentaksiran sumatif mula dilaksanakan untuk mata pelajaran Kemahiran
Hidup Bersepadu (KHB) sejak tahun 2012. Beberapa kajian lepas mendapati
guru KHB masih mempunyai banyak persoalan dalam melaksanakan PBS.
Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan kesediaan, penerimaan dan
pengoperasian guru-guru yang mengajar KHB terhadap amalan PBS.
Penyelidik menggunakan kaedah kajian kolerasi untuk menentukan hubungan
kesediaan, penerimaan dan pengoperasian dengan amalan PBS. Responden
kajian terdiri daripada 172 guru KHB yang melaksanakan PBS dalam
pengajaran mereka di daerah Klang, Selangor.
Kajian ini menggunakan soal selidik diadaptasikan daripada instrumen Abdul
Zubir (2007) yang mengkaji tentang kesediaan guru dan Salmiah Jaba (2013)
yang mengkaji tentang kesediaan, penerimaan, pengoperasian dan
keprihatinan gunu KHB Pertanian terhadap amalan PBS. Item soal selidik
telah mendapat pengesahan muka daripada 2 orang pakar bahasa yang
menilai kesesuaian bahasa, kejelasan arahan, penyampaian, penyataan atau
soalan. Kesahan kandungan pula, dibuat oleh pakar dalam bidang
penyelidikan teknik vokasional. Kajian rintis telah dijalankan melibatkan 30
orang guru KHB dan nilai pekali cronbach alpha melebihi 0.7 bagi setiap item.
Keadaan ini menunjukkan aras kebolehpercayaan yang boleh diterima untuk
menjalankan kajian. Dapatan kajian menunjukkan amalan guru KHB berada pada peringkat tinggi
dalam amalan pelaksanaan PBS (M=4.05, SP=.440). Kesediaan guru KHB
berada juga pada tahap tinggi (M=3.78, SP=.473) . Penerimaan dan
pengoperasian guru pada tahap sederhana masing-masing dengan (M=3.47,
SP =.615) dan (M=3.66, SP=.567). Dari segi hubungan antara kesediaan dan
amalan perlaksanaan PBS terdapat hubungan yang positif dan kuat di mana
r=0.519. Hubungan antara amalan perlaksanaan PBS dengan penerimaan
mempunyai hubungan negatif dan lemah, di mana r=0.265. Sementara
hubungan antara pengoperasian dan amalan PBS mempunyai hubungan
yang positif di mana r=0.456. Analisis regresi menunjukkan kesemua
pemboleh ubah adalah signifikan terhadap amalan PBS.
Kajian ini menyumbang kepada amalan PBS yang berkesan untuk digunakan
oleh pihak yang berkepentingan seperti Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan
Pendidikan Negeri, Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pendidikan
Malaysia dan pihak berkaitan untuk menggubal sukatan pelajaran dan
melaksanakannya dalam pendidikan di negara ini. Daripada dapatan kajian
ini, beberapa cadangan dikemukakan untuk kajian lanjutan.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(Masters)
|
Subject: |
School-based management - Malaysia - Evaluation - Evaluation.-Malaysia |
Subject: |
Educational evaluation - Malaysia |
Subject: |
Teachers - Self-rating of - Malaysia - Self-rating of - Malaysia |
Call Number: |
FPP 2019 31 |
Chairman Supervisor: |
Profesor Madya Abdullah Mat Rashid, PhD |
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Depositing User: |
Editor
|
Date Deposited: |
25 Nov 2020 02:53 |
Last Modified: |
04 Jan 2022 01:45 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/84254 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |