UPM Institutional Repository

Faktor personaliti, persekitaran kerja dan kepuasan kerja dalam kalangan anggota pasukan Gerakan Am Polis Diraja Malaysia di Briged Tengah


Citation

Ghazali, Ianalisa (2019) Faktor personaliti, persekitaran kerja dan kepuasan kerja dalam kalangan anggota pasukan Gerakan Am Polis Diraja Malaysia di Briged Tengah. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Pasukan Polis Diraja Malaysia merupakan agensi penguatkuasaan undang- undang negara yang terpenting. Penugasannya menuntut setiap anggotanya dalam keadaan kesiapsiagaan sepanjang masa dalam menghadapi kemungkinan di luar jangka. Justeru, kepuasan kerja setiap anggota perlu sentiasa berada pada tahap maksima dalam mencapai kecemerlangan tugas. Fokus utama kajian ini adalah untuk menentukan hubungan antara personaliti, persekitaran kerja dan kepuasan kerja dalam kalangan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di Briged Tengah. Seramai 300 orang responden terdiri daripada anggota PGA berpangkat Konstabel hingga Sub Inspektor yang bertugas di Batalion 4 dan Batalion 19, Briged Tengah, terlibat dalam kajian ini. Responden dipilih melalui kaedah persampelan pelbagai peringkat (multi-stage sampling). Data dikumpul menggunakan borang soal selidik yang ditadbir sendiri oleh responden dengan pemantauan minima oleh penyelidik. Kajian ini menggunakan alat ukuran Work Environment Scale (WES) untuk mengukur persepsi persekitaran kerja, Indeks Kepuasan Kerja (IKK) digunakan untuk mengukur kepuasan kerja manakala Big Five Inventory (BFI) digunakan untuk mengukur tret personaliti responden. Data kajian yang diperolehi dianalisis menggunakan SPSS versi 22. Data statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis maklumat demografi responden. Manakala ujian korelasi Pearson, ANOVA dan analisis Regrasi Berganda digunakan untuk menguji hipotesis kajian yang telah diformulasikan.


Download File

[img] Text
FEM 2019 21 UPM ir.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Job satisfaction
Subject: Work environment
Call Number: FEM 2019 21
Chairman Supervisor: Azlina Mohd Khir, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Editor
Date Deposited: 19 Nov 2020 04:00
Last Modified: 04 Jan 2022 02:51
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/84198
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item